-
Luhur Bicara
Tuesday, December 29, 2009
hati seakan berbicara sendiri
minda pula seakan
menghampar segunung harapan
jiwa seakan menagih setitis kasih
dia...
sememangnya hebat di persada
malammu disulami seni yang indah
dipenuhi riadah
setiap ruang genap ketika
penuh pelbagai acara
irama asli jua juara
gamat suasana dikir yang ceria
sedang aku terkelu bicara
terpegun begitu hebat setiap malamnya
aku diulit sepi
seakan diri semakin ditinggalkan
walaupun mungkin tiada niatmu
tetapi aku masih mengharapkan
sesuatu ikhlas luhur hatimu
sedang bibir menafikan tingkah
mata masih lagi kecundang
sepi sebuah jiwa
aku bagai keseorangan
di tengah lautan
tetapi kutunggu jua
sejauh mana jiwa termampu
setiap hari yang biasa
setidak tidaknya masih jua
terdetik dihati memikirkannya
dikala setiap persiapan
janganlah dilupa insan ini
walaupun dalam mengejar citamu
ingatlah diri ini berdoa selalu
duniamu dan duniaku mungkin berbeza
indah itu milikmu
hidup malammu
bersendikan ceria
sedang aku masih menunggu
disetiap gelap
disetiap gelita
Mungkin juga benar
kita dari daerah yang berbeza
kerana dalam persamaan
aku akui
kita tetap asing
cara dan rasa
laju mencakar entry mytafa at 9:11 AM | Labels: nukilan | Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook |
Popular Posts
-
Sempena hari jadi ke-27 si Ropli ni, meh aku kongsikan sedikit jenis-jenis perangai tak senonoh si gemok ni yang "hidden file...
-
Sudah hampir satu bulan (5 hari nak genap sebulan) pemergian Allahyarham atuk aku, Engku Ismail Bin Engku Puteh atau org ramai mengenali All...
mytafastudio. Powered by Blogger.
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment