Rss Feed
  1. Pengalaman mendapat pertolongan dariNya

    Friday, December 10, 2010

    Salam Jumaat, Penghulu segala hari…

    Ermm, bercakap pasal pengalaman aku mendapat pertolongan dariNya, rasanya dah hampir berkali-kali aku menerima bantuan dariNya. Secara langsung atau tak langsung, tp semua nya adalah atas izin dan kuasa Maha Pencipta. Apapun aku ingin berkongsi pengalaman mendapat pertolongan secara langsung dari Allah.

    ..............................................................................................

    Penah satu ketika, aku terlewat ke ofis masa bekerja di Subang. Apa yg sempat aku lakukan ialah berdoa padaNya sebelum memulakan perjalanan. Dan sepanjang perjalanan, aku bacakan “Subhanallah Walhamdulillah Walaillaha illallah Allahu akbar”…. Alhamdulillah, seingat aku sepanjang jalan, rasanya lampu trafik light asyik hijau jer, mcm cukup mudah laluan untuk aku ke tempat keje, dan akhirnya sampai dengan selamat, selamat dari segi nyawa dan selamat untuk terlewat ‘punch kad’..hahaha

    ..............................................................................................

    Ini cerita lagi latest, berlaku sebelum Raya Haji Tahun ni jer.. (November 2010), dimana aku dalam kes nk balik beraya. Tunggu bas/teksi nak ke Seksyen 17, sb member2 dh balik kg, takde org nk hantarkan..huhu. Time tu hujan lebat, sgt lebat sehingga aku terpaksa redah hujan tuk ke Bus Stop sekitar Seksyen 7, Shah Alam. Bas pukul 4.30pm, dan waktu tu dlm 3.30pm aku dh mula menunggu. Langsung tak dpt teksi, ada yg lalu tp penumpang penuh, ada yg takde penumpang pun tak berhenti. Aku kusut dan mula berselawat atas Nabi. Dlm selang 15 minit mungkin, lalu satu teksi, yg nk menghala ke susur Seksyen 7 ke Federal dan berhenti. Pakcik tu tak tahu jalan ke 17 katanya, sb masih tak biasa ngan Shah Alam dan tambahan pulak hujan ngah lebat. So, kami sempat berborak mesra dlm kete, dan layanan pakcik pemandu tu antara yg ter’friendly’ pernah aku dpt. ( I said antara yer..)

    ..............................................................................................

    Dan ini cerita bertarikh hari ini (10 November 2010), di area ofis aku, Mutiara Damansara. Aku yakin dan menganggap ini juga sebahagian ujian dan hikmah disebalik ujianNya. Tadi lepas solat Jumaat, aku dan Rofli ke Café, nk lunch cam biasa. Ermm, semasa ngah mkn, ada org dtg mintak sedekah, Chinese, ke meja tempat aku mkn. Check wallet, ada RM50, RM10, dan ‘sehelai’ RM 1 yg aku mgkin tak kan guna sb aku jenis suka simpan nombor siri duit yg tersusun/cantik, sb biasanya abang aku suka kumpul mende2 cam ni. Nombor mmg cantik gak la… 11111111121 lebih kurang cam tu la. So, time tu timbul rasa berbelah bagi nak bg ke tidak kat si peminta sedekah td. Mula2 ikhlas nk derma, tp bila dlm keadaan td, jujur rasa nk tarik balik jer niat baik tu…haha Takkan nk bg smpai RM50 hinggit kat dia kan, aku bkn nyer org kaya sgt nk derma setinggi tu… hiks~ Disitu mgkin syaitan mula tersenyum kalau aku tarik balik niat, tp bila fikirkan balik, aku dah bukak wallet depan mamat minta sedekah tu, timbul rasa kesian kan kalau kita ditempatnya. So, mmg ada rasa berat hati td, jujur… aku sedekahkan duit RM1 tu kat dia, dia pun tak putus dok berterima kasih. Ermmm, lepas mkn aku naik ke ofis cam biasa, dan dlm reaksi biasa jer, aku selup tangan ke poket,…. Aik?? Ada duit RM10… ermmm rezeki. Mmg aku suka simpan duit dlm wallet trus biasanya, termasuk resit2 skali… haha dan tuk 2 3 ari ni aku yakin mmg setiap balance biasanya trus masuk dlm wallet, hahaha. Mgkin duit tu duit aku yg dh sedia ada dlm poket tu, sapa tahu kan. Tp apapun terus aku dpt rasakan itu lah hikmah disebalik ujian td. Pertolongan dlm bentuk yg tidak dpt kita sangkakan. Alhamdulillah dan hiba seketika…hummm.

    ..............................................................................................

    Selalu bila kita berada dlm kesempitan, org akan kata “baru nk ingat wat kebaikan”…. Ungkapan tu merupakan satu sindiran sinis, tp kdg2 itu pun yg selalunya berlaku. Tak yah tuding jari kat org lain, aku just lihat diri sendiri jer. Apa pun, dalam kita mengharapkan kebaikan dan pertolongan dariNya, kdg2 ia dtg bukan dlm bentuk yg disangkakan. Tapi sekalipun kita memohon sesuatu dari Allah, cthnya tak semestinya kita mohon untuk senang, Allah akan turunkan emas seketul di depan mata, kan? Yakinlah pertolongan dari Allah juga mempunyai hikmah tersendiri, selain mengurniakan rezeki, secara logiknya Islam menggalakkan kita berusaha, kerana tiada kesenangan datang begitu saja.

    Mgkin banyak lgi pengalaman yg berlaku yg membuka minda kita akan kebesaran Ilahi, samada pengalaman aku sendiri atau pengalaman dr korang semua, mesti ada, kan? Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah dan Maha Penyanyang, dan mmg kita selalu sebutkan dalam Bismillah setiap hari, sebelum makan, sebelum apa2 saja perbuatan dan antara inilah buktinya yang pernah aku alaminya sendiri.

    Ermm, ini cerita rekaan ek? Hehehe, percaya atau tidak, terpulanglah tapi Lillahi Taala pengalaman-pengalaman diatas mmg benar2 berlaku pada diri aku, Fakrul atau nama blogger aku, ‘Kucing Kuyup’. Wallahu alam, salam Jumaat sekali lagi..


    ~: Kucing Kuyup bercerita :~


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.