Rss Feed
  1. hpbd2u MOK

    Tuesday, November 19, 2013






    Sempena hari jadi ke-27 si Ropli ni, meh aku kongsikan sedikit jenis-jenis perangai tak senonoh si gemok ni yang "hidden file". Jangan nampak saja muka happy, tapi anasir anasir ketegaq yang menyusahkan aku kadang-kadang turut menghantui anda semua....hahaha.


    Aku panggil dia MOK (bukan nama sebenar). Warganegara Penang. Beralamat di Georgetown, Sg. Pinang, Jln Sungai, dan banyak anjing dekat area parit. Student grafik, tapi mcm stupid. Minat lebih menjurus kpd main masak-masak, kuat berangan chef lepas tengok Hell Kitchen, Kitchen Nightmare atau MasterChef. Degree holder dengan kepujian, tapi Master in Kemanjaketaikan. Agak sedikit pasif bila menerima kawan baru, tapi buas/jemuan lebih dari budak sekolah rendah bila jumpa buaian.



    Anak keberapa dirahsiakan. Nombor fon dirahsiakan. Saiz ukurlilit selulit 36 inch ke atas. Jenis berfesyen "Color block". Berambut kembang tapi berkaki tirus. Berparuh. Ahli gout berdaftar dan sejenis burung takbolehduduk.

    Banyak kriteria-kriteria lain yang agak membezakan MOK dengan manusia normal seperti aku dan orang lain, dari segi ketegaqan yang jitu dan paling ketara ialah segi pemilihan pemakanan.

    KISAH KETEGAQ RAMBUiT

    tiada logical thinking...

    Ni nak habaq maiii satu citaa.. haaa.. Satu cerita masa konvo degree tahun 2010. Sehari sebelum konvo tu sempat la jugak pegi potong rambut, tapi nk potong kedai biasa-biasa, sombong. Nak saloon sahaja. Akhirnya, buang duit tiga empat puloh potong 5-6 helai rambut saje. Fesyenn... Pastu, hari konvonya, hahaha, mmg tak lepas la SIRIM graduan, tup tap tup kena tahan tepi. Orang dah berarak masuk Dewan Sri Budiman, dia dok layan saloon segera kat luar dewan. So, apa jadi?? Kedudukan seat dah mmg terpaksa skip kebelakang, dgn kata mudah dah keluar dari landasan satu batch... amik haria sangat bak hang.... Satu, ketegaq dok heboh ngan fesyen yg menyusahkan semua pihak, kedua dok wat ketaq merisaukan mak bapak takut kena tahan dr masuk dewan.


    * Tapi tak payah risau, memang jenis tak makan serik,
    sekarang pun dah fesyen kebayan tua kembang sebelah..

    KISAH MAKANAN



    Bab makan pun memang sangat susah nak duga. Orang makan dia tak makan. Orang sepatut tak makan, dia makan. Ni aku dah buat list setakat yg terlintas mengikut obeservasyennn... Baca sendiriaq!!!

    >> SENARAI MENGADA WAT KETAQ yang tidak harus dicontohi <<

    AYAM (daging ayam makan tapi songehnya...)
    • bontot/pungkoq ayam tak makan (aahh... pungkoq ang la memilih)
    • kaki ayam tak makan
    • leher ayam tak makan
    • hati ayam tak makan
    • bulu ayam sah tak makan
    • kalau ayam gulai, tak makan kulit.. (tapi kfc, kulit makan pulak)

    * pedal ayam makan pulak, padahal situlah storage 'bahan kisar' paling srrupp skali..
     

    LEMBU (daging lembu makan tapi songehnya...)
     
    • daging korban tak makan (dengan alasan tak munasabah langsung)
    • sup tulang tak makan
    • sup ekor lagi tak makan
    • sup lidah sah sah tak makan
    • sup torpedo... tak tau la pulak makan ke tak.. hahaha
    • hati lembu masak apa sekali pun, tak makan

    * tang daging korban tu paling tak paham, padahal sama je, daging jugak...

    IKAN (makan tapi songehnya...)
    • patin tak makan
    • keli dan seangkatannya tak makan
    • sebenarnya segala ikan sungai tak makan...senang citer

    * tapi telur ikan makan pulak


    MINUM (songeh minuman bersusu)
     

    • teh bersusu samada ais/panas tak minum (teh o minum pulak)
    • kopi bersusu samada ais/panas tak jamahnya (kopi o ok pulak)
    • nescafe bersusu samada ais/panas memang tak la... (nescafe o minum pulak)
    • tongkat ali, tongkat abu, bertongkat-tongkat sah sah tak maunya
    • kopi segera pun tak minum

    YANG NI SPECIAL!!!
    • boleh cicah biskut dalam air (semua jenis air panas yg diminum), tapi lepas tu air dah tak minum (perangaiii...)
    • susu getah??

    * agaknya kurang pendedahan susu kot, sbb tu anti

    DURIAN?? (hmmm.. kerugian nikmat makan tahap tinggi)

    • bubur ke, dodol ke, masak lemak ke, memang tak!!
    • makan camtu sah sah takdenya..
    * nasib baik boleh dok dalam bilik yang org lain tgh makan durian

    KISAH xTRiM
    Hoooo, tang manja ni memang manja ketaiq. Jenis tgk hindustan, nangis. tengok AF, nangis... jenis ayaq mata 1.5liter sebelah pipi, kalau nk bandingkan dengan botol mineral, hok botol besaq harga RM1.50-RM2.50 tuhh...



    Jenis lebih merajuk mengada. Tak terlalu mengada di Shah Alam. tapi kat penang, 
    tuddiaaa "mama...mama......".

    Tapi ada jugak perangai baeknya si MOK ni.. (kecilkan font tuk elakkan pembacaan)

    Bagusnya si MOK ni bukan jenis kedekut duit. Aku tak nak puji pemurah, nanti ada yang akan bongkak. Berdosa. MOK ni jugak jenis ketegaq tapi banyak jugak mengalahnya, tu pun mengalah bersulamkan merajuk. Tak cerdik dia pun kadang-kadang satu kelebihan, so banyak perkara ilmiah tak akan banyak songeh, walaupun jenis yang tak suka explore skill grafik, nak orang tunjuk tutorial saja.

    * Apapun perangai mangkuk ketegaq dia, aku tahu hati budi MOK ni baik, walaupun kadang-selalunya menyusahkan.







  2. terkesima

    Tuesday, September 3, 2013

    terpinga-pinga...

    ada mende yg tak kena dlm otak, asyik dok runningman je, berpikio.
    tapi satu pun aku tak tahu apa yg ligat sangat berpikio tu...

    mgkin aku kena minum Anmum letak susu sejat kot. haha.
    1:06pm tue 3 sep.

    simpton penat kot agaknya...atau alasan.

  3. Merdeka Raya ini ke-56.1434H

    Friday, August 30, 2013

    Hari sudah pagi. Cerah. 
    Berseri seri macam cendawan 'cikate' yg kita slalu goreng sizzling....
    (aku tak rasa cendawan citake tu berseri pun... ini kucing mulut manyak takde kreativiti maa... main sebat je bikin peribahasa, aiyaaa..)

    Ok stop.
    Apa yg aku merepek ni pun tak tau. 

    Dikesempatan ni masih dalam bulan Syawal, so SHRMZBatin...
    Sebenarnya sedar tak sedar, esok negara kita tercinta, oh Malaysiaku... yg akan sambut ulangtahun ke 56 kemerdekaan. Sudah 56 beb, lima puloh anam!!! Bermaksud lebih 50 tahun atau dgn kata mudahnya, 5 dekad lebih. Tapi kalau tak paham lagi 1 dekad bersamaan berapa tahun, aku malas la jd cikgu matematik tak bertauliah disini pulak, aku ni garang orangnya....

     
    garang kan, woarghhh!!

    Tapi apa itu merdeka kalau nak ditafsirkan, ada bermacam jenis pengertian, nak dgr dari sudut ilmiah, islamiah, ideologi, buah fikiran dan jugak pandangan, mmg masing-masing bercerita takrif yang berbeza.

    Bagi aku, merdeka ni mgkin ada kaitan dengan ruang peribadi, atau dengan bahasa sedap didengar iaitu... PRIVASI. Bila kita sudah mencapai tahap privasi yg kita harapkan, maka mgkin kita sudah melengkapkan sebahagian rasa kemerdekaan yg diidam. Orang putih kata freedom. Ibarat minum air teh tarik segelas, kita tak mintak teh jenis apa yg kedai guna. Tapi katalah teh yg sampai tu dia guna "teh boh ada Ummp", pastinya sedar tak sedar kita terapung diawangan sampai ke atap, dgn muka tak boleh blah menikmati kelazatan aroma teh dari cameron tu... warghh jauh berangan npk!!

    So, tak kira lah berapa byk takrif merdeka yg korang ada, berapa pengertian kemerdekaan yg korang faham, yang penting merdekakan rasa dalam diri dulu, tapi kenalah mengikut peraturan yang tak menggugat rasa 'kemerdekaan' org lain. Kalau rasa diri ni taiko ke, tak kisah, asalkan ke'taiko'lan anda tidak menerajang keamanan jiran tetangga, sblum jiran tetangga senyum tanda geram tersipu sipu.


    Yang aku tahu, aku anak merdeka, bukan kosong, bukan kosong... kosong... oooo...

    smlm ada sambutan raya peringkat ofis, skali dah macam YB,
    takpe...asalkan bahagia!! ko ado?


  4. Holla Edward deBono.

    Thursday, July 18, 2013

    Lama tak post ni.

    Takpe, tarik nafas...
    hembus...
    Tarik...

    Tak payah nk susah otak, so far bkn terikat dgn mana2 perjanjian pun.
    Tak boleh nk mulakan entry lagi, input tak mahu hantar signal ke otak tuk menulis. 

    Inilah virus BerkemALASAN, lebih bahaya dr H1N1 nak habaq ang.

    Lepas ni ingat kalau menulis pun nk kuarkan entry bernas, itu semua nk kena byk baca buku 'lateral thinking'. Mgkin aku kena letak target nak baca bahan bacaan dari 

    EDWARD de BONO!!! 
    siapa dia ni? seorg pakar pemikir psikologi, penulis, consultant kelahiran Malta. Beliau digelar 
    Father of Lateral Thinking and Creativity

    nak tau detail biography pasal beliau, google je lah... 


    buku femes pakcik ni yg disebut sebut..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.