-
Jantina Kamu?
Friday, December 30, 2011
laju mencakar entry mytafa at 10:45 AM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Hormat. Hormat. Hormat.
Thursday, September 29, 2011
Syawal sudah habis. Semalam, 28 September 2011. Sekarang sudah masuk bulan Zul-Qaedah.
Cepat masa skrg ni, tup tap tup tap separuh hari... tup tap tup tap balik keje.... dah balik, setel itu ini, bla bla bla tido. Esok dah hari lain walaupun dgn muka dan mood yang sama :) . Tengok kalendar, dah hujung bulan September. Nak masuk Oktober, pastu November dan diikuti Disember....
Ehhh..dah dah dah!!! Ape kejadah aku dok merepek cerita pasal kalendar ni.Ok, let's move to another and -better- topics.
Ceritanya aku akan bertapak ke gelanggang baru nanti. Bukannya gembar gembur semata, yer. Ke-nya-ta-an ni. Tempat lama selamat tinggal, bak kata org tua2 "Barang Yg Lepas
Jangan Dikenang". Dressing mgkin sama la kot, bert-shirt, jeans, berkasut atau selalunya selipar je. Sebelum aku decide ari tu, ada juga tentangan berbentuk psikologi, mgkin sebab taknak lepaskan aku beralih ke angin baru. Tapi nak tak nak, mmg hak untuk memilih terletak sebulatnya kat seorg pekerja, kan.... Peace Yoo~~!
Tapi aku tak lah seorang yg kejam, tak mengenang jasa mereka yg bg tunjuk ajar disini. Sudah mmg dari student, datangnya kosong pengalaman, walaupun ada ilmu masa belajar dan praktikal, itu just mukaddimah org kata. Realiti dunia keje, banyak lagi perkara baru aku dpt belajar disini. Kalau nak kira A-Z, sampai huruf W lah semua boleh dikatakan dunia baru. Hehehe.... So, setiap perkara baru, ada gurunya. Setuju?
Maka, oleh sebab itu (macam dah masuk unsur ayat skema dlm entry ni), aku nak bercerita pasal topik yg bertajuk HORMATILAH PENDIDIK ANDA (chewah, macam mukaddimah nk masuk perbahasan).
Siapa pendidik? Definisinya tak payah lah nk aku detailkan kat sini, sebab aku pun percaya tak ramai budak2 berumur 5 tahun kebawah akan baca entry ni. Definisinya aku anggap korg semua sedia maklum. Org putih kata Considered Done. Betul? Senang cakap, lecturer, guru, tutor atau org biasa skalipun yg pernah bagi SATU ilmu kpd kita, sudah boleh dianggap 'pendidik'. Banyak sajak2 pasal cikgu masa zaman sekolah dulu kita pernah baca, kan. Tapi kalau kita tidak pernah rasa kemuliaan yg tersimpan dalam didikan mereka, tak payah nak kata "Guru Ibarat Lilin', slogan yg selalu meniti dibibir puisi kalau kita tidak paham maksud daripada ayat itu.
Pernah dengar kisah teko dan cawan?? Cerita yang mengupas definisi pentingnya menghormati pendidik.
Teko ni kan tempat isi air. Air kopi ke, teh o suam ke, limau nipis atau apa saje minuman dlm kuantiti yg lebih dr secawan, itulah teko. Cawan pulak bekas kuantiti yg kita ambil untuk minum. (arghh, definisi lagi... sini TIADA BUDAK UMUR 5 TAHUNKEBAWAH LA EN. KUCING!!!) ~~ ok, bahek, my mistake again.Kat mana dah kita??? owhh teko dan cawan ek..(continue citer).
Jadi, kalau kita cuba 'metafora'kan antara teko dengan cawan, ibaratkan teko adalah cikgu, cawan adalah pelajar, air adalahilmu. Hierarkinya teko lg tinggi levelnya dari cawan, setuju?.
Kedudukan teko harus lagi tinggi untuk menuang air KEDALAMcawan. Kalau ada air dari
cawan, nak dituangkan kedalam teko, boleh saje, tapi ibaratkan buat apa nk mengajar balik ilmu yang disampaikan oleh cikgu kamu tuu... takkan nak tukar posisi minum teh menggunakan teko pulak, hehehehe... Fahamkan situasinya sekarang...
Ada info aku baca dari artikel/blog, katanya menurut kajian psikologi, jika kita mengumpat atau mengutuk 'guru' kita, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kepada otak untuk tidak percayakan guru tersebut. Bila otak kita mula tidak percaya pada guru tersebut, kita akan menghadapi kesukaran untuk menerima apa yg diajarkan. MasyaAllah, janganlah sampai kita termasuk dalam golongan yg kufur nikmat kang nanti. Nauzubillah min zaliq.“Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.” - cendekiawan Al-Zarnuji.

garang nauu muka....
Jangan kurang ajar, itu saja alasan yg aku rasa tepat. Kita datang mintak ilmu, hormatlah apa saja yg kita terima.Buruk baik perangai, itu lumrah nak belajar. Senang je kalau paham, kan. Ada pendidik jenisnya yg tegas, ada yg slow, ada yang suka buat 'derkk', ada yg 'bekeng' cam rimau skalipun kadang2, anggaplah seperti kisah teko dan cawan tadi, bak kata org utara.. LEVEL HANG BELOM LAGI SAMA NAA nak bak hang....
Aku sendiri personally pernah merungut gile-gile nya kat cikgu, lecturer semasa zaman 'student' dulu. Biasalah darah muda naa... ketegaq sikit. Tapi bila dah mai ningkat usia, nak lagi dah lama tinggai dunia belajaq ni, teghasa jahiaq lak aku time tu. Merungut walaupun dalam hati, bengang naa design tak proceed... ghuntuih dunia ni rasa. Sedaq tak sedaq, nak ajak korg pikiaq sama, jangan lah dok maki katdepa lagu tu, sumpah seranah ka, dok bodoh piang depa ka, sebab kita yg nk ilmu depa, awat kita pulak nak keraih kepala?? (awat aku dok ckp utara, mana dtg angin ni...). Hmmm, yg lepas tu lepas, anggaplah kita dizaman 'tak berapa nak cerdik', hikss... dr semasa ke semasa, cuba ubah sikap profesionalisme dlm dada sikit, disamping pohon keberkatan dari Tuhan Maha Esa.
Tapi kenang balik, best kan belajar ni.. huhuhu. Dlm masa sama kalau dikenang, baru kita nampak jahilnya kita, bijaknya lecturer. Aku ada gak bercadang nk sambung Master, kalau ada rezeki. Dah lama dok pasang niat nk ending karier ni jadi pendidik dari dulu lg. ermmm, InsyaAllah dimakbulkan, amin.
So, cerita dah nak ending, sharing dah nak caring (???), amik wat teladan sesape yg baca. Dok sengeh cam kerang busuk sorg2 wat apa, baik hangpa komen kat bawah, share apa2 patut... hehehe :) -untuk perkongsian bersama (ececece.....)laju mencakar entry mytafa at 6:52 PM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Gabra ra ra ra.. Lala hu la la...
Wednesday, May 25, 2011

Musim exam, test, peperiksaan (bkn sama ke ngan exam td..), quiz, interview, dan apa saje yg memerlukan kita menguji keyakinan diri utk berhadapan, sudah tentu sedikit mendatangkan takut pada diri. Takut tak dapat jawab? takut tak mampu tulis? risau soalan susah? hujah tak cukup? maka seterusnya episod gabra pun bermula... :)
Sebenarnya fenomena (bunyi macam kumpulan feminin jer :P ) tu semua org akan lalui. Kenapa semua akan lalui, takde ke yg tak takut langsung berhadapan ngan semua tu? Ada..... tapi bila keyakinan diri dan pengalaman dah berada diperingkat professional, baru lah...
''eleh, exam jer...".
"ala... kacang jer, setengah jam nk test study la kejap".
"owh, esok ada exam ker?? sempat lagi main boling ni... :)"
(AMARAN: cth ayat2 diatas ialah setelah kita berada ditahap "PEROOO".... (dasssyatlah lu bro)
The rest yang sekilas terasa seramnya nk amik test esok, meh nak kongsi teknik2 mengurangkan (bkn mengatasi yer, sb aku tak leh bantu mengubah perasaan takut korg).
Pertama, yang paling pernting (penting lah, bkn pernting), jangan meletakkan diri kita perfect ditahap gaban yg terjun dr langit atas motornya sampai bergaya kaki ke belakang tu. Cukup la sekadar merasa yakin 'aku dah ready'.
Kedua, wat revision dulu, study dulu, research dulu, nak kencing pun kencing dulu (takde kena mengena), takut kemudian. Jangan pengaruhi otak korg dgn susahnya soklan nanti, feedback org pasal garangnya interviewer, statistik lulus tahunan dan sebagainya. Itu semua men'down'kan lutut anda ke lantai membuatkan anda melutut dan menangis ketakutan sambil peluk bantal (jauh benor selingan imaginasi tambahan, hehe).
Ketiga, positif atau lihat tanda ni ( + ) ...hehe. Explaination tak perlu, sebab kalau tanda tu pun korg leh paham, wat apa nk baca huraiannya lagi, kan :)
Keempat, kalau... apa yg korg akan berhadapan nanti, boleh merubah hidup korg, cuba jdkan sebagai motivasi untuk mendapatkannya.
Kelima, "tawakkaltu alaAllah". Mudah-mudahan usaha kita mendatangkan hasil yang baik.
Tak cukup lagi tips nya? Aku share kan tips berguna dari site www.iluvislam.com berkenaan keyakinan diri ni. hope membantu.
01. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
So, all da best mereka diluar sana. Tips ini juga untuk diri sendiri, berdasarkan bacaan dan pengalaman yg pernah aku lalui. Man jadda wa jadda kata pepatah arab, bermaksud Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan... (tetiba sedih dah lama aku tinggalkan subjek bahasa arab ni...hukhuk).

ok proceed.... :)
laju mencakar entry mytafa at 2:55 PM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Pilu Mutakhir
Monday, May 23, 2011
KUALA LUMPUR: “Saya sempat tarik tangan adik selepas runtuhan pertama, namun kakinya tersangkut pada batang besi khemah, saya cuba tarik lagi tangannya tetapi ketika itu saya nampak ada runtuhan batu menuju ke arah kami.
“Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya.“Ketika berlari keluar dari dewan saya meraung kerana teringat apa yang terjadi kepada adik,” kata Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat dalam tragedi tetapi kehilangan adiknya.
- petikan dari berita harian online bertarikh 23 Mei 2011. (klik untuk terus ke bharian online)
Pilu, kan. Dan masih byk lagi berita tentang bencana yg menimpa di Hulu Langat baru-baru ini, ekoran berlakunya tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
Video dan gambar, korg leh google kat internet. lagipun aku tak sanggup lihat lama2, apatah lg nk ping kat entry blog sendiri, sangat menyayat hati. Dengan cerita dan pengalaman-pengalaman mangsa yg memilukan, rasanya hanya mereka yg 'angkuh' dgn keseronokan dunia saja tidak akan merasa sebak.
Bagi aku, kejadian tersebut secara kesimpulannya membuka pintu hati sesetengah org, pihak dan kesatuan dalam keluarga, disamping kita redha dengan ujian yg diberikan oleh Allah.
Tak perlu untuk kucing kuyup membuat liputan panjang. Bkn 'pemalas' untuk membuka entry berkenaan kejadian ini, tapi cukuplah media menyediakan informasi yang disertakan gambar, video dan ulasan semasa. Apa yang ingin kucing kuyup kongsikan...
Kita yg masih gagah bernafas, ambil lah sebagai wadah, membuka ruang kpd keimanan yg mungkin dah lama sepi, agar tidaklah hanyut diulit keseronokan semata mata.
~ : Al-Fatihah kepada mangsa :~
laju mencakar entry mytafa at 11:46 AM | Labels: info, seharian | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
01 dari 02 Panggilan...over!!!
Monday, May 9, 2011

Check in..
Huhuhu, bkn satu perkara baru bg pengguna smart phone kan... Tujuan nya bleh dikatakan nk bg tahu kat mana lokasi kita, so mana la tahu ada member2 berdekatan leh turun lepak sama...
Semalam aku berdiskusi ngan sorg kawan. Katanya mengikut sumber2 dr polis dan yg incas keselamatan, kadar kes pecah rumah meningkat dan salah satunya berpunca setelah kita check in di suatu kawasan. Suspek mgkin antara org yg kita kenali, so bila melihat lokasi kita berjauhan dgn kediaman, logiknya itu adalah peluang keemasan tuk dorg.
Lepas member aku ckp, dia seorg lawyer yer, dan sumber2 tu mmg kes yg pernah dia handle, rasanyer ada logik dan rasionalnya, kan. So, kepada sesiapa yg suka check in lokasi anda, (ni aku berpesan kepada diri sndri gak), pastikan kediaman kita dlm keadaan yg 'yakin'. Aku bukan nk takut2kan sesiapa pun, cuma relevannya ada baik kita berjaga2 dr awal, kan.
~: nasib baiklah aku tinggal di rumah sewa yg penghuninya 4 org... :~ leh check in dgn muka tersenyum...hiks~~
takkan nk berjaga di rumah jer... boring ler
laju mencakar entry mytafa at 3:34 PM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
nak copy yer... ?
Wednesday, April 27, 2011

Salam...
lama benar tak update. Berkulat dh certain tempat kat dlm blog ni.
Apapun aku masih lg dlm proses nk kuarkan entry 'routine' seharian aku, (mengaku blog aku mmg tak suka kuarkan isu semasa, tutorial...) RUJUK SINI sb aku dh kuarkan entry ni satu masa dulu.
Apapun, sekarang, aku dh pasang DISABLE HIGHLIGHT kat blog ni, haha... Apa benda tu?? Hmmm... cubalah copy entry dr blog ni dgn right klik.. hiks.
Bukan apa, untuk menjaga copyright tu sebenarnya satu perkara yg penting. Mmg la aku benarkan sesape kuarkan entry sekiranya merujuk dr hasil penulisan aku dlm blog ni. Copy terus ayat pun tak kisah. Sharing is caring katanya.
(sambil angkat dua2 tangan menghala ke dada dan muka pandang atas :p)...
Apapun korg kena ingt, plagiat ni bkn satu perkara yg bagus sbnarnya. Dalam exam pun mana leh meniru, kan... Niat berkongsi tu ada, tapi caranya tu agak salah... Aku pun selalu 'quote'kan mutiara kata dari byk sumber, cuma sekurang2nya huraikan sikit dan sekali sekala mention la dr mana kita dptkan sumber tu, apa salahnya kreditkan sebagai tanda terima kasih, kan.. :)
Apapun, meh aku kongsikan script DISABLE HIGHLIGHT nie... bagi sesape yg mahu. Bkn aku create sndri, berkongsi jugak dr source tenet ni.
step 1:
Pergi ke blogger dashboard
step 2:
klik design dan berada dalam Page Element
step 3:
Add a Gadget (ala, macam korg nk tambah widget kat sidebar tu..)
step 4:
Cari HTML/java script
step 5:
copy paste code bawah ni...
<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable select-text script- © Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>
step 6:
SAVE... setel !!
owhh lupa, cam ner korg nk copy paste code di atas, sb aku dah disablekan hehe... rujuk blog ni dan ikut step aku td atau step dr blog tu, lebih kurang jer tutorialnya, cuma aku merujuk tutorial dr 'web' lain...
Owh yaa...
ermm... kan aku dah ckp. aku tak kuarkan tutorial cam tu jer dlm blog ni, melainkan berkaitan dgn aku.. hehehe. Apapun, Kita bakor!!
~: kedekut ke apa kucing kuyup ni tak bagi copy :~laju mencakar entry mytafa at 11:35 AM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Apa MERAH boleh buat...
Thursday, March 24, 2011

Salam...
Konon mengatakan warna-warna fevret memang mencerminkan bagaimana peribadi dan watak seseorang. Hahaha, dengar la sangat ckp si konon tu. Sapa identiti bernama 'konon' sebenarnya pun, kita masih lagi tertanya tanya, kan (merepek apakah). Apapun, percayakah korg, warna mengandungi sejuta makna?
Kereta warna merah, cantik nauuu kan. Kenapa ek ramai org suka kan merah, mari kita kupas sikit pengertiannya berdasarkan kepercayaan, research dan fakta. Dalam psikologi pun, ada mengatakan warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan. Setiap warna mempunyai maksud tertentu berdasarkan kepada presepsi sesebuah masyarakat dan seseorg.
pergh...
Ferrari. Ada je warna hitam, kuning, putih... kalau mahu. Tapi tetap skali terlintas dalam kepala, kaler merah jer.. kan. Warna merah mmg kuat daya penariknya atau dalam nama pelarisnya "Kerana dirimu begitu bahagia" (macam penah dengar saje).
ehh, silap gambar ni... bkn lembu yang warna merah
Lembu pun slalu dikaitkan dgn warna merah, gersang kaedahnya. Gersang tak gersang, dikejarnya naya. Bkn apa, logiknya merah mmg akan menguatkan kita untuk fokus dgn lebih kusyuk, nak lagi merah yg bercahaya.. pergh. Mengherlip bak kata org penang piaww.
Dunia selalu berkata, merah bermaksud cinta dan sayang. Hati, bunga ros adalah ikon digunapakai serata dunia, kan. Tapi takde pulak kaler biru, atau kelabu asap. Mgkin hati kan sebahagian dari darah, sb itu mkn hati ayam dan kerang untuk tambah darah.. (apehal tetiba citer kerang pulak ni) -bengang. Apapun merah sebenarnya romantik.
And of course melambangkan energy, kekuatan dan kemarahan. Mgkin diambik olahan daripada warna api. Mencenderungkan daya tenaga untuk lebih gigih dan berusaha. ermm, pasni malas nk bangun pagi, leh la simbah ngan air watercolour kaler merah... :P
Kajian juga mendapati, warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Boleh letak tuala lembab berwarna merah kat dahi/kepala kerana dipercayai mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. Betul ker? Try la...
takde kena mengena ni...
Dan for sure terang terangan, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai maksud tersendiri bagi masyarakat cina. Tidak hanya warna itu terang dan ceria, malah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar dalam hidup.
Dan juga tak lupa, kat hospital pun bulan sabit, palang merah dan tulisan emergency, semuanya kaler merah. Kenapa, tanya la pendapat mereka yang kaki hospital, bkn kaki wayang, bkn juga kaki disco. :)
So, percayakah korg, warna mengandungi sejuta makna ?
Apapun, warna hijau dapat melenyapkan keletihan dan dapat menciptakan suasana harmoni dalam badan. tetiba hijau pulak, pelik nauu entry aku ni, celaru ngan suara2 halus berkaler biru sajer.... abaikan, zasss.
Aku pulak mmg suka warna oren. Tepat ramalan mengatakan Capricon mmg obses kaler oren dan coklat. Terima kasih juga blogspot kerana logonya seakan supportive dgn kucing kuyup...hahaha, perasan.
Apapun, kucing kuyup bukannya peramal warna. hehehe..
kan cantik kete ni...laju mencakar entry mytafa at 10:51 AM | Labels: info | 1 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Jom ubah cara penulisan
Tuesday, January 18, 2011

2010 dah lepas. Amik apa yg tak elok jd ukuran. Org putih kata, "don't judge a book by its cover". ehh..silap quote tu... "pass is pass" baru betul... :)
Berkenaan dgn facebook, yess...topik hangat masa kini yg ura2 mengatakan akan tutup pada bulan March nt. Ermmm, last2 rasanya tak jd, walaupun aku dh dpt agak propaganda dorg dr awal lgi.. hiks~ Apapun yg dpt aku analyzedkan dr tahun 2010 lepas, mgkin aku nk bercerita pasal status kat wall masing-masing la (termasuk aku nyer wall sendiri).
Kebelakangan ni, status masing2 tak hengattt, ayat berjela2, bergurindam, berirama, leh kata 'bak menaip sambil menari-nari' la... Aku tak kata kat org lain pun, aku tgk diri sndri, pun wat perkara sama. Ermmm, bukan apa, disebabkan ekpressi kita dlm keadaan tertentu, dizahirkan dlm bentuk penulisan pd ketika itu, maka lahirlah ayat2 sebegitu. Sama ada sedang/lepas tersinggung, sedih, suka, gembira, sakit perut... semua mahu ditulisnya.
So, untuk tahun 2011 ni, rasanya aku mgkin bercadang/berniat/ber'angan' :) nk tukar corak penulisan pengeposan status aku kat fb... Here, aku dh listkan apa yg perlu sebagai guide line. (cewah, nk bercakap dlm bahasa omputih la, mana la tau org2 oversea nk baca skaki, walaupun aku dpt rasa grammar tunggang langgang)...1. simplify your status
Apapun skali lagi aku nak cakap, status yg dikeluarkan adalah hak individu, disini bknnya saranan atau paksaan untuk mengikut step2 di atas, yer...
(reason: senang org nk baca, dan terima msg directly)
2. less to describe, put 'keyword' sometimes better
(reason: sebenarnya ok kalau status itu dituju kat someone, but if general, tak semua org suka baca petikan yg pjg meleret)
3. can copy quotes, lyrics, word of wisdom or anything 'nice message', but try to find out 'nice one'
(reason: mutiara kata sgt berguna pd smua, tp kadang2 boleh bertukar pd sindiran)
4. of course your account is yours, but try to create acceptable status
(reason: tak kan nk gi berak pun nk citer kat semua)
5. avoid [annoy applications] wall post...
(reason: tau la main game, jawab quiz... tp semak wall org lain especially bila ditagged)
6. be nice with others (especially when replying)
(reason: tak yah ada unsur maki2, sb diantara kita dan pihak kedua, jgn lupa ada pihak ketiga keempat dan seterusnya yg membaca, so, better mind your words)
7. simple greeting and try do not to put a lot of symbols (love etc.)
(reason: mmg ramai yg suka ber'love'2 simbol... letak satu dua cukup la, tp tak yah la sampai org anggap anda sedang mabuk cinta sgt..:))
8. do not use CAPITAL LETTER laaaa...... coz u'll spoiled people moods
(reason: tulisan besar sgt represent HANGIN SATU BADAN!!)
9. don't 'like' your own status.... (but depends on what you said laa...), coz it looks weird
(reason: kadang2 utk mengelakkan dari dianggap 'syok sendiri', apapun ada tujuan tertentu, aku pun paham...)
10. Do not instigate others laa... tak baik tu... :)
(reason: tak yah la hasut menghasut, create group la, ajak provok la..)
Nyway, banyak lgi yg mgkin tiada dlm list, tp as long as 10 ni dh ter'buat', kira ok lah. So, let's try yg 10 ni dulu yer... baru kita beralih ke step seterusnya... Selamat mencuba (tetiba rasa cam sitkom masak2).
laju mencakar entry mytafa at 8:21 PM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Kenali Nickname Aku!!
Thursday, July 1, 2010
Salam semua, lama sudah aku tak updatekan blog nie,ermmm.....
Kali ni entry bukannya terpaksa, tapi rasa terpanggil untuk bercerita pasal diri sendiri... Ok, carik punya carik, rasanya aku juga mempunyai banyak nama yg telah digunapakai dr dulu sampai sekarang....
Ermmm, nak tahu nama-namanya.... silalah baca.. Owh ya, sebelum tu, perkenalkan nama penuh aku mengikut IC:"TENGKU AHMAD FAKRUL ADLI BIN ENGKU MAT"
........................................................................................................................................................
nama ni dh lama member2 panggil aku, dr sekolah rendah lagi, dan sampai sekarang ini juga lah average mereka disekeliling aku gunakan panggilan ni.... ntah la, dalam 4 kerat nama aku, yg no 3 ni jugak melekat, biasanyakan org akan pilih yg paling last atau awal...
ermmm... cuma problem nyer, org akan salah eja, selalu jer salah eja, FAKHRUL, padahal nama aku FAKRUL (without H), hiks...
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA
ermmm...,
yg ni rasanyer si Amat Ropli yg mulakan, singkatan yg berbaur tuttt kalau tersalah dgr...hikhikhik... agak ramai jugak yg dh gunakan singkatan ni, drpd fakrul kepada lgi singkat, fak atau faq, sama jer...
apapun...,
panggilan ni tak penah digunakan masa time sekolah langsung..so mgkin member2 lama aku keliru kalau terdgr org panggil aku dgn nama ni.. iyo la
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA
ni nama aku, mgkin khas tuk family sahaja, sb aku tak galakkan korg panggil nama aku "adli", first sb fakrul tu lagi melekat dan dikenali, takut nanti kempius lak sape lak adli ni, unless mmg tau nama penuh aku, kan...
apapun...,
Ada jugak satu masa dulu time sekolah rendah, yg panggil aku adli, ermmmm (nostalgia sgt...), tp zaman dulu nyer citer, tolak tepi la kan...
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA (FAMILY ONLY)
hehehe, yg ni pun khas panggilan dr anak sedara aku jer, ayah chik atau "ayah kechik" kot...ahaha.
Aku mmg ada ramai anak sedara, laki dan pompuan, dan jumlahnya mmg malas aku nk kira, atas dr 10 gak la...ermm, semuanya panggil dgn nama nie, tp kadang2 ada gak yg gunakan "Chik Li" (bkn cili, ok) sb takut clash ngan org lain...
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA (ANAK SEDARA ONLY)
Ada gak yg gunakan panggilan tengku, especially kat sekolah. Ermmm.. dr sekolah rendah lgi kot, dan mostly cikgu-cikgu la. Member pun ada, tp tak la ramai sgt..
Nickname ni aku tak galakkan sgt untuk melekat kat kepala korg, sb penah jd, org tnya nk ckp ngan tengku, tnya mak aku.... tp tak tahu nama penuh aku, atau at least fakrul@ adli... padahal, adik badik aku yg lain pun ada tengku, wakakaka...
ermmm...
bkn tak leh guna, silakan, tak marah pun nk panggil, tp jgn sampai tak ingat nama lain aku, hahahaha takut berlaku kesulitan nt.. hiks~
STATUS PANGGILAN: JARANG DIGUNA
Yg ni aku dpt masa kat UiTM Melaka dulu.. biasa la, kat mana2 asrama/kolej, nk lagi kat UiTM, dh cam habit kat sna, mesti labelkan sorg2 ngan nickname. samada buruk tau baik, kena terima jer.... tp the rest, samada melekat ke tak, itu terpulang.
Ermmm,
panggilan ni mmg melekat sampai sekarang.. yg bagi nama nie pun, senior aku, Sagang nama nicknamenyer. Apa maksud nickname nie, hehehe..entah. Tp yg pasti aku dpt nickname nie lps balik dr kursus BTN (Biro Tata Negara), time kat kursus, aku jadi Imam sepanjang 5 hari kat sna.
Pastu balik jer UiTM, ntah sape bg tau kot kat dorg, tu yg dpt nickname ni... (ermmm, seingat aku la kot, itulah citer nyer). Tapi apa pun, aku tak galakkan korg gunakan panggilan ni selama-lamanya,...
first,
sb ramai yg kenal aku ngan nama ni, especially kat blok R, tp tak tahu langsung sape nama aku yg sebenar, so kebarangkalian nk lost contact ngan aku kat luar sana nt (sekarang) agak tinggi. Cthnyer mana aku letak nama imam kat Facebook, cariklah, jumpa org lain ada la, kan...
Second,
reason seterusnya senang jer dr aku, "aku bukan nyer alim, dan tak penah anggap aku ditahap seorg imam".... (jawapan jujur)
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA
KK atau Kucing Kuyup. Actually ini nama blogger aku yg sah dan mutlak (cewahh...) Personally aku suka nama ni, dan amat galakkan sesapa kenal aku dgn nama KK.. simple dan senang ingat. Yg ni tak sama kes ngan "Tengku", maybe tak perlu kot tahu nama penuh aku, sb ni kan nama blogger aku, cam aku ckp td.
So, seseorg blogger tak semestinya tahu sape nama penuh penulisnya, kan....tak penting senang citer, betul x?
Ermmm... Aku pun kdg2 gunakan nama ni kat Facebook, tuk photo dan jugak status terutamanya. Ramai gak yg interaksi dgn aku guna nama KK, antaranya Ropli, Gee, Al, Iman, Wanie, edan coba, dan ramai lgi la... Owh yer, kenapa kucing kuyup?? rasanya aku dh penah jwb, cuba klik "about" kat atas tu...hiks~
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA (SUGGESTION FOR BLOGGERS)
T.A.F.A ialah singkatan nama untuk nama penuh aku, tp lum lagi termasuk bin, hehehe... Paling kerap digunakan bila seseorg nk balas komen aku kat status Facebook., senang... Aku dh lama komersialkan nama ni (amboi, tak agak2 ckp komersialkan, lantaklah...)
Rasanya dr zaman sekolah lagi... sekolah menengah la, so, tak pelik kalau member2 sekolah pun tahu sape tafa ni...hehe
STATUS PANGGILAN: GUNA UNTUK KEPERLUAN
Yess, nama ni lebih kurang jer ngan TAFA, cuma tambah MY kat depan.... Aku gunakan nama ni untuk "labeling", "signature" dan "Trademark" jer.... cth yg paling senang, nama blog ni, kan...
Actually, aku dh lama berangan mungkin satu masa aku ada company sendiri, tak pun ada kuarkan baju sendiri cam Adidas, Nike, tak pun Paul Smith semua tu, tp dgn nama MYTAFA, woww...meriah-riah kan kalau satu dunia pakai...
Insyaallah, walaupun sekadar angan2, tp tak semestinya kosong, takdir tak siapa yg tahu kan....Amin
STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA (OWNER SAHAJA)
Arul atau nama manja (cewahhh) dr Fakrul adalah satu2 nya panggilan dr seorg teman, kawan, adik dan juga sahabat (mak aii...yg mana satu ni, hikhik..).
Nama ni tak ada unsur2 bodek, ayu, kiut, gedik, atau kelass bunyinya, tp cuma panggilan yg aku leh terima dan menerima panggilan ini seadanya... (amenda ayat ni, tak phm lak aku baca...ermmm).
STATUS PANGGILAN: TAK PASTI MASIH DIGUNAKAN
KUFAK atau nama comel (hahaha, comel sgt ker bunyi nyer....lantak la) adalah singkatan dr Tengku Fakrul yg penah digunakan oleh seorang makhluk Allah yg comel (hahaha...) yg dulunya sgt rapat ngan aku.. (sekarang pon rapat gak).
Ermmm....
Dalam masa yg sama, aku pun panggil "si pemberi nama" tu dgn nama yg bukan-bukan jugak, hahaha..... Tidak ada unsur caci maki, boom mengeboom, atau seangkatan dengannya, tapi merupakan nickname yg unik semata-mata.
STATUS PANGGILAN: SUDAH JARANG KEDENGARAN
Hahaha, kenapa tikus... Senang jer, aku lahir tahun tikus, kalau ikutkan takwim cina (ehh, takwim ker zodiak, lantak lahh)... Pencetus utama, tak lain tak bukan, si Penguin Ropli yg jahat, gemuk dan hitam...hahahaha (hambek ko..) Walaubagaimanapun, sudah ada pengikut seperti tinie dan berapa org lagi...mgkin la..hahaha
Terang terangan nickname ini mmg ada unsur2 boom mengebom, tp tidaklah terlalu kasar didengar. Apapun aku masih menerima sebagai gurauan yg kadang2 ditahap hanjeng!! hahahahaha...
STATUS PANGGILAN: TIDAK TERLALU KERAP
Yg ni pun sama, tp rasanya cuma 4 org sahaja yg sering gunakan nama ni. Aku dpt panggilan ni masa di Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai, gara-gara gambar aku posing...mulut muncung cam itik, hahahaha..
Tp hanya kami, (Aku, Faisal, Wanie dan Arwah, sori dh lupa sapa nama arwah...,) Hanya suka-suka sahaja panggilan ini, dan dah lama tak guna selepas salah seorg dr empat org group kitorg meninggal, sebelum result SPM kuar... so impak nyer amat kuat sampai kami tidak lagi labelkan nama yg pelik2 seperti ni...
STATUS PANGGILAN: TIDAK DIGUNAKAN..........................................................................................................
Apapun, itu semua adalah panggilan manja aku sepanjang hidup. Aku percaya, semua orang ada panggilan yg tersendiri, mgkin bukan satu, dua atau mgkin lagi banyak...kan
Tapi, itulah.....kita kena ingat, di akhir hayat, nama sebenar kita adalah paling penting dan utama, khususnya untuk doa, tahlil dan juga niat untuk derma dan langsaikan hutang sekiranya kita masih berhutang setelah meninggal dunia.
So, ingat tu....
Nama adalah satu anugerah dan juga maksudnya juga adalah doa.. Walaubagaimanapun kadang2 ada yg tak puas hati ngan nama sendiri...sehinggakan wujudnya simbol "@" atas sebab tukar nama dan sebagainya...ermmmm
pesanan kepada ibu-ibu, bapak-bapak: namakan anak2 anda dengan nama yg baik-baik, dan sebolehnya org kata Up To Date, hehehe...
bukan apa, isu yg akan wujud nt, walaupun kecil, percaya lah....
aku cam ni jer, mgkin imej jer berubah, tp tetap org yg sama...
~: Kucing Kuyup relax-relax sajoh :~laju mencakar entry mytafa at 2:50 AM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Entry pendek tp "Untuk Semua Bloggers"
Wednesday, May 5, 2010
Blogging mmg leh rapatkan silaturahim, kita semua bloggers, tak kira la kat Mesia, Asia atau dunia skali pun, once kita dh start blogging, entry2 yg di share tu slalunya jd info berguna kat semua,...
Tak kira lah, pasal diri sendiri ker, motivasi ker, citer isu semasa ker, kematian ker, gathering ker.... macam2 topik, tp tetap masing2 ada agenda kenapa entry itu dikeluarkan...
Kucing Kuyup cuba untuk simpulkan kat sini....bahawa :Semua Bloggers adalah seperti BERSAUDARA
Sebagai penghargaan kepada semua, amik lah Award ni, dan lekat lah kat blog korg semua, termasuk sesiapa saja yg membaca entry ini (tak de paksaan untuk lekatkan, ok...hehe). Aku tak de nk mention nama sesape, sb award ni untuk semua...tp klu nk sebar2 kan, lgi bagus....aku bg dua version, ikut kesesuaian korg nk yg manaermmm.....
Routine aku, selain jd blogger?? hehehehe........... of course YM+ing hampir sepanjang masa, dan pantang inbox email penuh, masuk jer, check trus, mana la tau kwn2 komen kat fb ker, komen kat blog ker, pasal konvo aku ker...hehehehe....
Ape pun bg status YM aku, mmg susah nk tgk status IDLE, sb nyer....... aku dh set IDLE utk satu masa yg agak lama, dgn kata lain, mmg tak sempat nk idle pun setakat tinggal utk berjam2 lamanya...hehehehe, giler...
laju mencakar entry mytafa at 3:05 PM | Labels: info | 0 kucing kering mengiau | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
Popular Posts
-
kadang-kadang aku terfikir gak, dh lama guna pc, tp hidden character untuk keyboard pun aku lum tahu lagi cam ner nk carik, cam copyright ke...
-
Berarak mendung kelabu Mengekori langkahku Sepanjang kehidupan Penuh dugaan Namun aku tetap aku Kucuba dan terus mencuba Mencapai s...
-
ari nie, aku dh ada kat shah alam, baru balik dari kampung, Beserah.... Biasanya... aku akan carik bas Sani Ekspress , tp lepas satu insi...
-
alhamdulillah......settle semua, walaupun ath tu aku tak baper yakin ngan exam ari tue.... ish.... anyway settle dah, major last skali....tp...





