Rss Feed
  1. Apa MERAH boleh buat...

    Thursday, March 24, 2011


    Salam...
    Konon mengatakan warna-warna fevret memang mencerminkan bagaimana peribadi dan watak seseorang. Hahaha, dengar la sangat ckp si konon tu. Sapa identiti bernama 'konon' sebenarnya pun, kita masih lagi tertanya tanya, kan (merepek apakah). Apapun, percayakah korg, warna mengandungi sejuta makna?

    Kereta warna merah, cantik nauuu kan. Kenapa ek ramai org suka kan merah, mari kita kupas sikit pengertiannya berdasarkan kepercayaan, research dan fakta.
    Dalam psikologi pun, ada mengatakan warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan. Setiap warna mempunyai maksud tertentu berdasarkan kepada presepsi sesebuah masyarakat dan seseorg.


    pergh...

    Ferrari. Ada je warna hitam, kuning, putih... kalau mahu. Tapi tetap skali terlintas dalam kepala, kaler merah jer.. kan. Warna merah mmg kuat daya penariknya atau dalam nama pelarisnya "Kerana dirimu begitu bahagia" (macam penah dengar saje).


    ehh, silap gambar ni... bkn lembu yang warna merah

    Lembu pun slalu dikaitkan dgn warna merah, gersang kaedahnya. Gersang tak gersang, dikejarnya naya. Bkn apa, logiknya merah mmg akan menguatkan kita untuk fokus dgn lebih kusyuk, nak lagi merah yg bercahaya.. pergh. Mengherlip bak kata org penang piaww.



    Dunia selalu berkata, merah bermaksud cinta dan sayang. Hati, bunga ros adalah ikon digunapakai serata dunia, kan. Tapi takde pulak kaler biru, atau kelabu asap. Mgkin hati kan sebahagian dari darah, sb itu mkn hati ayam dan kerang untuk tambah darah.. (apehal tetiba citer kerang pulak ni) -bengang. Apapun merah sebenarnya romantik.

    And of course
    melambangkan energy, kekuatan dan kemarahan. Mgkin diambik olahan daripada warna api. Mencenderungkan daya tenaga untuk lebih gigih dan berusaha. ermm, pasni malas nk bangun pagi, leh la simbah ngan air watercolour kaler merah... :P

    Kajian juga mendapati, warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Boleh letak tuala lembab berwarna merah kat dahi/kepala kerana dipercayai mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. Betul ker? Try la...



    takde kena mengena ni...

    Dan for sure terang terangan, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai maksud tersendiri bagi masyarakat cina. Tidak hanya warna itu terang dan ceria, malah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar dalam hidup.

    Dan juga tak lupa, kat hospital pun bulan sabit, palang merah dan tulisan emergency, semuanya kaler merah. Kenapa, tanya la pendapat mereka yang kaki hospital, bkn kaki wayang, bkn juga kaki disco. :)

    So,
    percayakah korg, warna mengandungi sejuta makna ?
    Apapun, warna
    hijau dapat melenyapkan keletihan dan dapat menciptakan suasana harmoni dalam badan. tetiba hijau pulak, pelik nauu entry aku ni, celaru ngan suara2 halus berkaler biru sajer.... abaikan, zasss.

    Aku pulak mmg suka warna oren. Tepat ramalan mengatakan Capricon mmg obses kaler oren dan coklat. Terima kasih juga blogspot kerana logonya seakan supportive dgn kucing kuyup...hahaha, perasan.

    Apapun, kucing kuyup bukannya peramal warna. hehehe..


    kan cantik kete ni...

  2. 1 kucing kering mengiau:

    1. Anonymous said...

      Sy budak merah melawat entry ni, heheheh!
      Tp xsume benda cantik klau kaler merah. So, kena pandai2 la....

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.