Rss Feed
    Showing posts with label nukilan. Show all posts
    Showing posts with label nukilan. Show all posts
  1. Merdeka Raya ini ke-56.1434H

    Friday, August 30, 2013

    Hari sudah pagi. Cerah. 
    Berseri seri macam cendawan 'cikate' yg kita slalu goreng sizzling....
    (aku tak rasa cendawan citake tu berseri pun... ini kucing mulut manyak takde kreativiti maa... main sebat je bikin peribahasa, aiyaaa..)

    Ok stop.
    Apa yg aku merepek ni pun tak tau. 

    Dikesempatan ni masih dalam bulan Syawal, so SHRMZBatin...
    Sebenarnya sedar tak sedar, esok negara kita tercinta, oh Malaysiaku... yg akan sambut ulangtahun ke 56 kemerdekaan. Sudah 56 beb, lima puloh anam!!! Bermaksud lebih 50 tahun atau dgn kata mudahnya, 5 dekad lebih. Tapi kalau tak paham lagi 1 dekad bersamaan berapa tahun, aku malas la jd cikgu matematik tak bertauliah disini pulak, aku ni garang orangnya....

     
    garang kan, woarghhh!!

    Tapi apa itu merdeka kalau nak ditafsirkan, ada bermacam jenis pengertian, nak dgr dari sudut ilmiah, islamiah, ideologi, buah fikiran dan jugak pandangan, mmg masing-masing bercerita takrif yang berbeza.

    Bagi aku, merdeka ni mgkin ada kaitan dengan ruang peribadi, atau dengan bahasa sedap didengar iaitu... PRIVASI. Bila kita sudah mencapai tahap privasi yg kita harapkan, maka mgkin kita sudah melengkapkan sebahagian rasa kemerdekaan yg diidam. Orang putih kata freedom. Ibarat minum air teh tarik segelas, kita tak mintak teh jenis apa yg kedai guna. Tapi katalah teh yg sampai tu dia guna "teh boh ada Ummp", pastinya sedar tak sedar kita terapung diawangan sampai ke atap, dgn muka tak boleh blah menikmati kelazatan aroma teh dari cameron tu... warghh jauh berangan npk!!

    So, tak kira lah berapa byk takrif merdeka yg korang ada, berapa pengertian kemerdekaan yg korang faham, yang penting merdekakan rasa dalam diri dulu, tapi kenalah mengikut peraturan yang tak menggugat rasa 'kemerdekaan' org lain. Kalau rasa diri ni taiko ke, tak kisah, asalkan ke'taiko'lan anda tidak menerajang keamanan jiran tetangga, sblum jiran tetangga senyum tanda geram tersipu sipu.


    Yang aku tahu, aku anak merdeka, bukan kosong, bukan kosong... kosong... oooo...

    smlm ada sambutan raya peringkat ofis, skali dah macam YB,
    takpe...asalkan bahagia!! ko ado?


  2. Oh Malaysiaku...sayang

    Wednesday, October 3, 2012

     

    Wahai Rakyat Jelato ~ 

    Kelantan negeri lahirku, negeri berdaulat, menghijau...
    Tidak usang tidak pesat, selari dengan rentas masa, walaupun tak la semegah 'Amareka'...

    Pahang sekarang tempat kampungku, berbukit bukau menggunung...
    Tidak ada kambing bertempiaran, tapi mee calong jadi kegilaan...

    Ditengahnya Terengganu. Laluan si penyu, menghubung antara benua kijang dan sang gajah...
    Unik dan terpanjang di semenanjung, 5 jam dari hujung ke hujung itu biasa...jaohhnya...dek nung...

    Wahai Rakyat Jelato ~ 

    Melaka pula tempat belajarku, yang selangkah kaki dari alam sekolah...
    Cucur udang jadi taruhan, nasi lemak makjan jadi tarikan. Bas bas private yang usang, lantai kayu masih digunakan...

    Negeri Sembilan selalu tempat persinggahanku. Bukan tampin, malah jauh dari itu. Somban pun pernah... Cuma hanya satu belum sampai. Port Dickson, apakah indah apa dikato?

    Johor negerinya maju, tapi jengukku setakat sepertiga...
    Paling kurang jejaklah jugak dari tidak langsung. Teringin nak ke sempadan kota singa. Sentosa...

    Selangor current negeriku. Bermastautin tapi tak bermaharaja...
    Belajar dan terus gali rezekinya, dari kelip kelip tiada hala. Aman negerinya, sibuk pun ada. Yang sibuk hari biasa, yang aman bila cuti sem bermula...hahahaha. (jgn terasa...)

    Kuala Lumpur usah aku cerita. Satu Malaysia tahu isinya. Sarat dengan dunia...dunia...dan dunia. Namun bukanlah tiada sudut jiwa, cuma takwa boleh lemah dengan pancaroba...

     

    Wahai Rakyat Jelato ~ 

    Ke Perak pernah lalu saje. Singgah pun untuk rehat semata...
    Banyak nak merasa, Tambun yang katanya seronok, atau kopi antong yang cukup aromanya..berbisa.

    Kedah dengan Pekan Rabu nya, yang bukannya dibuka hari rabu sahaja. Murah juga harga, tapi jangan 'jenge jenge' kata depa...

    Penang toksah cita. Itu negeri aku selalu pi sana. Ada pokok sebatang di bendera. Tapi sampai sana lebih saja dari sebatang. Setepek kena. Ada Melayu, ramainya cina. Mamak kuasa vetonya, sebab itu terkenalnya 'Line Clear'....

    Perlis saja aku tak pernah merasa. Dari singgah atau lalu saja. Belum ada rezekinya, tapi niat InsyaAllah akan kesana....

     

    Wahai Rakyat Jelato ~ 

    Aku bukan sultan memerintah. Tidak memiliki negeri di Langkasuka.
    Cerita ini benar bukan melatah. Dari apa yang aku ingat dan aku suka.

    Negeri dibawah bayu dan Puteri Santubong... biarlah aku buka lembaran baru.
    ~ink sudah kehabisan.

  3. Duit beli ilmu...

    Wednesday, May 23, 2012

    Duit...

    Aku boleh katakan adalah antara barisan utama penggerak motivasi belajar selain dorongan individu, usaha dan tawakkal. Apa dia? Duit tak menjamin kebahagiaan? Ya betul kata kamu... Bukan duit punca segala-galanya. Tapi apa kaitan kebahagiaan dgn pembelajaran dlm entry kali ini.. hikhik. (Jangan salah pancung topik, aku hanya bincangkan isu duit, belajar dan motivasinya) pada masa skrg ni. Kang aku pancung sama kamu??

    Tanpa duit...

    Susah untuk anak bangsa berpijak ke universiti. Tidak semua yang akan mampu. Ramai orang kaya, tapi lagi ramai juga orang 'kurang berharta'. Jangan nk melihat ideologi org yang mampu, "ok anak abah ni abah nk antar ke USA tuk sambung belajar!"... yeayyy tq abah.."ok anak mama ni pulak mama nak antar ke LONDON!" itu cakap mak bapak org kaya, yg berharta, yg mampu menanggung biaya anak2nya, boleh la. Si anak pun sambil menyelam minum air, apa ada hal... sambil belajar, sambil beli tiket tgk english premier league... "tak leh belajar saja mama, cikgu kata perlu juga berhibur."-dijawabnya.


  4. Timbal balas.

    Saturday, May 12, 2012




    Macam org puteh selalu dok kata, "what comes around goes around." Selalunya aku banyak lihat timbal balik ni dalam sukan, tang tgk bola la terutama. Yer lah, main bola pun sekarang sudah gunakan format permainan timbal balik, sebab nak capai sepakat dan sama rata.

    Sebenar itulah karma, yg orang dok cakap buat baik dibalas baik, buat jahat?? haa... tunggu la balasan nya tiba nanti. Tak yah nk bukak kitab mat saleh, quote atau falsafah cina, dalam Al-Quran pun ada menerangkan perihal syurga neraka dimana kita sedia maklum dh kat mana pilihan destinasi utk setiap balasannya kelak.

    Apapun, manusia mmg cam ni kot. Tak ramai yang berhati mulia. I mean dlm kategori manusia biasa cam kita ni, yg sudah tentu tidak bersifat maksum. Ada je kan salah silap. Cuma mungkin 'kurang menyenangkan' juga, jenis manusia yg menyedut kebaikan org lain utk kepuasan diri sendiri. Jual ikan kata mat saleh. Tengok dia ni leh bg kesenangan, mulalah bertenggek mengayat. Yg ni boleh bagi kekayaan, mula pulak lah chapter merempat. Yng sinun boleh bg 'bahagia', comel, hensem, jelita, cute... mula lagi kisah dongeng versi 3.8. Manusia cam ni mmg ramai skrg, kalau ikut pengamatan aku la. Alaa, aku pun bukan terlepas dgn melakukan silap jugak, so kita sama2 tegur, sama2 perelokkan masing-masing, barulah hidup aman dan bahagia... (ayat cam leh jd YB dah ni.)

    Apapun, proses timbal balik memang tak penah lari dari timenya. Korang wat baik, baik lah dapatnya. Wat jahat tak yah lah aku nk cerita mende yg sama.... entry ni pun bukannya nak menegur sesape, MENGINGATKAN sajer...

    ~kucing kuyup berblogger dr phone, canggih nau teknologi skrg ni.



  5. Alami Perubahan.

    Friday, May 4, 2012


    Kehidupan bukan macam foursquare, yang korg leh tipu dimana korg berada. Jatuh bangun seharian, setiap saat yg berdetik, tetap korg kena lalui. Samaada korg nak tido terbongkang, atau berenang berirama di kolam, rutin tetap bergerak seperti mana kita menyedut udara setiap waktu, pada masa kita celik atau masa tidur.(tapi apa kaitan berenang berirama tiba2...hurmm).

    Selangkah kita mula berubah, jangan bergerak solo, kalau tidak cukup konfiden. Dibimbing atau carilah pembimbing. Mungkin kita boleh cuba kecilkan skop secara beransur-ansur, fokuskan pada apa yg kita mahu ubah dahulu, perkemaskan dengan baik dan cuba matangkan fokus itu. Barulah setapak melihat fokus lain.

    Alami perubahan... dengan bijakSANA.

  6. Jangan...Pemangsa Masih Setia

    Sunday, April 29, 2012



    jangan buang sifat
    liar bukan kita
    kasar seperti singa

    jangan bijak berpuitis
    acuh api sengketa
    hanyut dengan seloka

    jangan mengadu lenguh
    puas menang sorak
    bini tanggung penat

    jangan tekup mulut
    sedang kaki pijak
    tangan tumbuk

    jangan cari pasal
    harimau jinak diam
    kandang pula diroboh


    jangan bijak sejenak
    buang rosak dimata
    selindung ada yang tunggu masa

    jangan main penyapu
    tahu maksud berganda
    niat tampak nyata

    jangan main api
    sumbu disambung sambung
    bertatih tuju merana

    jangan ludah kelangit
    burung tak kena
    tempias dimuka pula

    jangan lantang langkah
    selagi belum terjatuh
    nanti bangun menggelabah

    jangan pandai meluah
    juang kosong makna
    akhirnya bangsa perdagang bangsa

    jangan fikir sehari dua
    atau satu purnama
    jatuh bangun bukan di tangan kita
    pemangsa masih setia
    sedang menunggu kita....

    "Moga keharmonian negara kita terjaga, amin Ya Allah..."


    -kucing kuyup

  7. Entry tanpa tajuk.

    Wednesday, April 25, 2012

    ikut kisah laksamana
    tuah tidak salah
    jebat juga taat
    tapi masih kalah berjerat
    tiada kalah tiada hebat.

    abad bukan sekejap
    saat bukannya singkat
    pintu sudah lama tertutup
    rapat rapat.

    tiada kalam mendahului
    cuma sapaan penuh emosi
    akal didahi bijak dikaki
    hentakan masih boleh
    pengaruhi.

    kenangan mengamit nostalgia
    yang aku sendiri benamkan
    kebumi.

  8. Ada masa kita...

    Tuesday, January 24, 2012

    ada masa kita terlalu pintar,
    dgn setiap keputusan yg kita putuskan. 
    ada masa kita merasa perit, dgn takdir yg kita tidak harapkan.
    ada masa kita gembira, setelah melalui kemenangan melihat kekalahan org lain.
    ada masa kita masih merintis, dgn hikmah yg telah pun kita lihat.
    ada masa ia datang tanpa dipaksa, dan ia pergi tanpa tanda.
    ada masa juga kita perlu mengejar, tetapi kena bijak menilai kejaran itu.

    ada masa kita kerdil dikalangan lautan manusia.
    ada masa kita tersedar, kita cuma kerdil, tapi tidaklah paling kerdil.
    ada masa kita pejam mata, lupakan perkara, tapi ada masa bkn pejam dapat mematikan perkara.
    ada masa kita bunuh kepercayaan seseorg dgn tangan kita, ada masa kita tidak mampu melakukannya walaupun kita sudah melakukan.
    ada masa kita sunyi, tapi kita lupa bila riang.
    ada masa dlm kita girang, sepi pula bertandang.

    kita sebenarnya perlu keadaan ini, 
    kerana ada masa itu lah, mencorak kehidupan pantas, memperhalusi hikmah kematangan minda.

    kita sebenarnya kuat.
    kita sememangnya hebat.
    tolong jangan nafikan kita hebat, kerana gelaran khalifah tetap adalah manusia, yg sememangnya...
    adalah kita semua.

  9. Tanya Sama Pokok...

    Friday, December 30, 2011

    Kenapa bumi bulat, ya?
    Mungkin bulat nampak lebih luas dari segi. Boarderless.

    Kenapa ada bulan waktu malam?
    Kerana siang sudah ada matahari :)

    Kenapa ada pula siang dan malam?
    Ya, mungkin mudah untuk membahagikan waktu.

    Kenapa ada graviti?
    Kerana kita masih hidup, hiks :)

    Kenapa daun selalunya hijau?
    Kerana bunga sudah berwarna warni?

    Kenapa sekali sekala ada pelangi?
    Kerana bukti alam ada keindahannya.

    Kenapa kita bertanyakan kejadian alam?
    Kerana iman mampu menjawabnya.

    Hasbi Rabbi Jallallah... Subhanallah

  10. Tunggu.

    Monday, December 5, 2011

    Dia yang ku tunggu,
    Sekian waktu lamanya,
    Walaupun aku tahu,
    Bekalanku hanya lah sepi,
    Keinginanku hanyalah mimpi,
    Semangatku sahaja yang meninggi.

    Dia yang ku tunggu,
    Dulunya jiwaku masih tinggi,
    Berharap pintunya adalah sepertiku,
    Untukku,
    Walaupun sudah juga aku tahu,
    Dia lebih memilih yang lain,
    Diketika hatinya riang, jiwaku pula mati,
    Tapi aku sedar dimana aku berdiri,
    Dengan semangat setia menunggu.

    Dia yang ku tunggu,
    Ketikanya dia sangat hampir denganku,
    Di daerahku,
    Di tempatku,
    Di kawasanku,
    Walaupun aku sedia tahu,
    Keriangannya bukanlah menyambutku,
    Kehidupannya adalah kehidupannya,
    Yang aku sedia tahu,
    Aku bukanlah yang dia mahu,
    Untuk keriangan itu dikongsi,
    Pada waktu itu.

    Dia yang ku tunggu,
    Beberapa kali aku terasa dijauhi,
    Dibiarkan sepi,
    Terulang kali termenung dan menanti,
    Indahnya kalau luangan itu dikongsi,
    Tapi bukan kudratku untuk memaksa,
    Bukan takdirku untuk meminta,
    Apa lagi kehendakku untuk menuntutnya,
    Aku di daerahku, yang mungkin jauh baginya.

    Dia yang ku tunggu,
    Berkali juga ku amati,
    Beribu kali ku ketahui,
    Dia sudah ada jalan pilihannya sendiri,
    Insan yang lebih gah dan beerti,
    Yang hebatnya sungguh menjauhi,
    Dengan diriku jika dibandingi.

    Dia yang ku tunggu,
    Aku sedar dimananya kita,
    Berdiri hanyalah cinta,
    Berhati hanyalah kaca,
    Yang senang retak bersisa,
    Yang mudah terguris luka,
    Jika datangnya ujian melanda.

    Dia yang ku tunggu,
    Aku cuba mengundur langkah,
    Memperlahankan waktu yang terasa bagiku,
    Amat panjang untukmu,
    Jika menantiku semegah dia,
    Jika menungguku seindah dia,
    Jika melihatku berbanding dia.
    Walaupun berat langkahannya,
    Walaupun sunyi bayangnya,
    Indahnya bahagiamu,
    Indah juga dimataku.

    Dia yang ku tunggu,
    Prinsipnya aku simpan,
    Pesanannya aku pegang,
    Kerana aku masih segar,
    Memahaminya dengan bersifat motivasi,
    Dengan cara dan santun sendiri,
    Keramat katamu yang berbunyi,
    "kalau ada, ada lah..." ini.

    Aku masih menanti,
    Dirinya yang sememangnya aku tunggu,
    Selama ini...

  11. Image can talk.

    Friday, October 14, 2011

    Salam Jumaat

    Entry kali ini tiada ulasan yg pjg. Aku hanya attachkan gambar-gambar, dan biarkan korg semua tafsirkan sendiri.

    Sometimes, pictures speak a thousand words.
    fokus aku:
    lihat saja expresi ibu kucing tu...

    fokus anda: ....

    fokus aku:
    melihat nombor dgn menutup separuh daripadanya dgn buku/objek bersegi.

    fokus anda: ....

    maka, sebenarnya aku cuba sampaikan entry...
    'perasaan kasih sayang'

    .sekian.

  12. 25 Things I Have Learned...

    Wednesday, September 28, 2011



    25 Things I Have Learned in My Life.

    1. Protanopia is type of colorblind for 'red weakness', like me (kucing kuyup).
    2. Life is a privilege.
    3. Everyone should have a cat because a cat makes you smile once in a while.
    4. I love orange because i can see perfect.
    5. A piece of cake quote is wrong.
    6. Designing makes me happy.
    7. Friends who listen are rare treasures.
    8. Health sometimes is a choice.
    9. Do what you want. Priority.
    10. Don't judge people. See yourself.
    11. Silent is good, but sometimes will be ignored.
    12. You look great when you have supporters. You really need someone, at least a shadow.
    13. Truth is simple.
    14. Love can buy. Soul can't.
    15. Wishes can heal a day.
    16. Patient is a rare weapon.
    17. There is no end to learning; you just move to the next level.
    18. Forgiveness is a gift you give yourself.
    19. Double-standard is a game. sucks.
    20. Older doesn’t mean wiser unless you’ve looked within. Younger doesn't mean fool.
    21. Respect others.
    22. It’s never a shame when you admit you don’t know something, and often a shame when you assume that you do.
    23. Fears are poison. Trusted is hard-to-get.
    24. Be truth or be quiet.
    25. Exercise actually creates time.
    26. Game is never over.

  13. Memori dari Memori

    Tuesday, August 2, 2011


    Pada satu saat waktu
    Ia kosong
    Sunyi tanpa huni
    Terasa angin dingin
    Mengheret sepi seluasnya

    Tiada lagi tinta ayat
    Yang selalunya kerap
    Tiada lagi tali erat
    Yang membentuk titik akrab

    Sedang hati masih ingin
    Jari menjadi terkaku
    Jiwa menjadi berdebu
    Hilang tanpa adu

    Yang jelas
    Hati masih ada kata
    Masih mencari titik jalan
    Jika ada jejak cahaya.

  14. Tolong Ingatkan Aku...

    Wednesday, July 20, 2011


    play save... ada sebab ikatan tu...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau aku hilang peka.

    Dunia kerja ni sinonimnya mencabar, berduit dan penat. Dunia belajar ni sinonimnya seronok, tension dan padat. Ramai kawan kita dapat masa belajar, ramai client kita dapat masa kita kerja. Hiburan dan aktiviti dah tentu mgkin berbeza dr segi masa, komitmen dan tenaga. Mudah jugak berlaku keadaan 'terlepas pandang'. Kang kata aku sombong lak nanti..hehe.



    ada aku jerit kang...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau niat tak setaraf kudrat.

    Mana lah tahu, seharian penuh aktiviti yg gile-gile padat. Tapi dalam masa sama ada schedule yg sudah aku aturkan dgn kawan2, keluarga atau television (apa kaitan tv? oowhh, intisari rancangan :) Kadang2 mgkin terlalu taksub ngan kerja, sampai penat jadi nombor dua. Lepas tu mulalah emotional yang bersimpang siur, panas baran yang sehangat hot ballon dan akal yg ligat semacam. Tolong tegur mintak kerja berpada-pada. Tolong tunjukkan cara untuk berfikir. Tolong guide apa yg perlu dan most important tolong paham situasi.. hehe.


    terbongkang....

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau aku terlebih komen yang mengada-ngada.

    Ramai kawan diluar sana yang tugasnya menjadi seorang kawan. Eee ehh, apa yg salahnya. Takde salah pun. Cuma aku melihat dr sudut yg lain, komen yg 'mengampu', memuji, memuja, meng'concern'kan diri dan sewaktunya jelas terlihat maksud tersirat. Situasi seperti (contoh je ni..), "Demam hari ni.." dan menerima komen balas seperti "jangan lupa makan ubat, taww".. eeerrr, "awk jaga diri taww", errr... "nape ni, (diikuti emoticon sedeh)"... ishh.

    Takde salah pun sbnarnya nk lepaskan komen yg coraknya cam tu, sbg tanda 'caring'nya kita pada tuan tanah. Tapi kalau dh tak penah kenal, atau kenal gitu2, dan bukan dr ahli keluarga, classmate, ofismate, checkmate, coffeemate atau lover... rasanya 'caring' yg corak cam ni beralaskan sebab, mgkin la. (dua tangan ke bahu dan mata pandang atas).



    macam nak caring ke nak gigit...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kisah kau tersedar, dgn saku penyeluk masa. Eh, tu lagu Ana Rafali.

    Aku setuju dgn lirik lagu ni. Tiada sape leh duga masa kecuali dgn bantuan 'super mustahil' gadget. Kalau-kalau esok lusa kita tahu apa akan jadi, dah tentu sikap manusia berubah. Tapi ada yang tak mustahil pun sbnarnya. Kita leh duga. Memang... kita merancang Allah tentukan, betul. Kun Fa Ya Kun. Cuma kalau sudah berusaha dgn sedayanya, berdoa dan bertawakkal tak lupa, Tuhan juga Maha Adil dan Pemurah, kan. Sepertimana budak tahun satu gigih belajar membaca, dan tahun2 seterusnya sudah pantas membaca, malah hebat mengolahkan kata-kata.


    Releks.. jgn marah..jgn marah...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Jangan terlalu sedih dengan dugaan.

    Qada' dan Qadar adalah ketentuan. Turun naik perasaan, tenggelam timbul amalan dan pasang surut dunia adalah fitrah. Gembira dan sedih, fitrah. It doesn't matter if you're not the best looker in town. Somewhere in this world, someone loves you. Tolong ingatkan, diam itu pintar.
    Sesekali tolong lihat apa yang dikata bukan orang yang berkata. Manusia yang berhujah lebih baik dari manusia yang mencela. Subhanallah.


    Tolong Ingatkan Aku...
    Jika sudah sampai timeline nya.

    Bukan kehendak tapi ketentuan. Bukan mintak tapi ketetapan. Bukan hanyut tapi alpa. Bukan lari tapi redha. Tolong ingatkan aku tentang masa.




    So, 27 tahun aku hidup, hari ke hari, tahun ke tahun, aku perlu satu perubahan yg positif. Masa ke masa. Yang bergerak. Tolong ingatkan aku yer... :)



    eh, ni tenggiling ke musang?

  15. Family is The School of Duties

    Tuesday, March 29, 2011


    KLIK SINI bagi yang tidak dapat streaming video. Link from Youtube

    Let's think about it, in your inner heart...

    Just because somebody doesn't love you the way you want them to doesn't mean they don't love you with everything they got



  16. Kalau Bertegur Sapa

    Monday, March 28, 2011


    kucing B: kau tahu tak senah, kat sana ada jantan ekor besarrrr!!!
    kucing A: laki aku kot...

    Kadang2, ada org tahu yg dia sedang melakukan kesalahan. Tapi diendahkan. Aku boleh katakan, itulah lumrah manusia, tak lepas dari melakukan kesalahan. Aku bercakap untuk diri sendri juga, kerana aku pun pernah melakukan perkara yg sama.

    Salam,
    Tajuk entry ni ada kaitan ngan lagu Kalau Berpacaran ker? hiks, takde la. Cuma rasa terpanggil pulak untuk aku berkongsi entry ni, dengan apa yg sering berlaku sekeliling.

    Ada satu keadaan dimana, boleh aku simpulkan, "Jangan celarukan pegangan, yang mana Islam tidak pernah mengajarnya".

    Apakah keadaan itu. Ermmm...
    Kadang2 kita melakukan kesalahan, walaupun kita sedar yg kita SEDANG melakukannya. Kalah dgn nafsu dan godaan. Mungkin itu lumrah insan. Tapi... ada juga yang melakukan kesalahan, dosa, keburukan, malah lari paksinya dgn mencampuri urusan/akidah agama. Jangan lah memohon kekuatan dari Allah sekiranya apa yg kita lakukan itu bercanggah. Kerana disitu terselitnya pertolongan dari syaitan. Senyum simpul 'dorg' bila melihat kita dlm kesesatan.

    Apa pulak 'jika' kita ingin menegur ibu bapa. Wajarkah kita menasihatkan ibu bapa, walaupun teguran itu membawa kepada kebaikan? Aku terbaca dr satu blog, menjawab persoalan ini..

    sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan melaksanakan amanah Allah terhadap kedua ibu bapanya, mestilah menegur kesalahan ibu bapanya dengan cara yang baik dan hikmah. Kerana anak tersebut telah memelihara ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah. Jangan takut kepada segala kesulitan yang akan dihadapi, takutlah kepada Allah yang sentiasa memerhatikan perbuatan dan percakapan kita. Jadi seorang anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kebaikkan kepada kedua ibu bapanya.
    Sebenarnya kita kena ingat dua perkara ni.

    Fardhu kifayah :
    jika kita menegur kawan2 atau secara terbuka kpd semua org, jika mereka/dia/org itu melakukan kesalahan. Kalau dorg tak endahkan, itu sudah terlepas atau diluar tanggungjawab kita.

    Fardhu Ain :
    jika kita melihat kesalahan keluarga, saudara dan sesiapa saje yg sudah dibawah tanggungjawab kita, tegurlah sehingga teguran itu membawa kepada perubahan atau kebaikan dr apa kesalahan yg dia/mereka/org itu lakukan.

    Itu hukumnya, bkn aku yg create yer...

    Apapun, apa kata kita budayakan cara menegur dengan lemah-lembut dan bijaksana. Hakikatnya, dalam isu tegur sapa, sebenarnya tidak mengira umur, tak semestinya tua pengalamannya lebih sempurna, tak semestinya yang muda tak perlu dorongan dari org yg lagi pengalaman. Pangkat dan status pun tak semestinya membataskan teguran. Jangan risau kalau dipihak yg benar, sedangkan haiwan pun akan paham kalau diasuh.


    sian....

    Apapun, tegurlah asalkan itu benar dan tidak mengundang murung/kena dengan caranya.

    Teguran untuk membalas dendam, atau sama sekali menggunakan teguran sbg mem'bahan' seseorg.? errr...tak elok rasanya, kan....

    Renungan bersama:

    Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..
    ” (Surah An-Nahl: 125)



    Wallahu alam bissawab


    ~: Kucing Kuyup sesekali memandang dunia sekeliling :~

  17. Cerita Dalam Labu Sayong

    Friday, March 25, 2011



    Wahai Pendita...
    Wahai Ketua...
    Wahai Menteri...
    Wahai Mayor...
    Wahai Artist...
    Wahai Designer...
    Wahai Entertainer...
    Wahai Lawyer...
    Wahai Doktor...
    Wahai Teacher...
    Wahai Dewasa...
    Wahai Remaja...

    juga

    Wahai Semua

    Anda bermula di bangku sekolah,
    Untuk berjaya,
    Untuk bekerjaya,
    Untuk berupaya,
    Menyara diri dan keluarga,
    Atau mungkin bersama si dia,
    Tak lupa binatang yang dipelihara.

    Anda bermula di bangku sekolah,
    Menjadi insan yang boleh berdiri megah,
    Menjadi individu berhemah,
    Mengenal sejarah dan khazanah,
    Mendukung cita dan amanah.

    Anda bermula di bangku sekolah,
    Mendewasakan akal dan fikiran,
    Menimba ilmu dan pengalaman,
    Melakon watak bergelar insan,
    Atau sampai jadi pujaan.

    Ingat lah,
    Asas kita sama,
    Islam seagama,
    Bangsa dan juga warna,
    Adat dan budaya.

    Ini bukan entry Patriotik, Jauh sekali berunsur politik,
    Sekadar berkongsi apa terdetik,
    Dari akal fikiran dan juga optik.



    ............
    apa kaitan Labu Sayong, wahai kucing kuyup??

    Kucing Kuyup: Alunan sajak ini...




    ~: kucing kuyup sekadar bermain dengan kata-kata :~

  18. Dimensi Kehidupan

    Friday, March 4, 2011



    Hari itu aku belajar lagi tentang kehidupan. Satu perasaan yang timbul, dan tunduk kepadaNya. Ketahui apa yang berlaku, kita tetap dalam naungan Yang Esa.

    La Tahzan, bukan satu ungkapan baru aku dengar, sebelum ni aku pernah terbaca ayat ini, dan kalau tak silap sudah ada novel atau judul dikupas berkenaan La Tahzan ni.

    La Tahzan, Innallaha Ma'ana - At-Taubah (9:40)



    KLIK SINI bg sesape yg ta dpt preview video diatas... source dr youtube jugak

    Hari itu aku melihat satu video motivasi ini, yang bagi aku cukup memberi pengertian dan membuka keimanan. Rasa terharu, hiba dan khilaf bila aku amati video ini.

    Betul, kita tidak pernah sempurna. Menghampiri kesempurnaan itu mungkin. Lumrahnya, kita selalunya diuji dengan kebahagiaan dan kesedihan, pahit manis dan resam dunia. Kenapa? Pernah korg merungut semua ni? Tak baik merungut Qada' Qadar yang telah ditetapkan, malah berdosa jika kita mencabar Keesaan Ilahi. Tapi hati kecil bagaimana? Aku pernah jer merungut, tp dgn cara sendiri. Tidaklah sampai mencabar kesucian Islam, cuma mungkin mengeluh nasib dan cabaran yg diterima. Buntu. Resah. Keliru. Itu biasa, yang dinamakan kehidupan.

    Kalau kita tidak pernah menerima cabaran dalam diri, percayalah kita tidak akan kuat untuk hidup. Kuat dari pelbagai segi, dan rasanya tak perlu aku huraikan disini, sb mgkin korg juga paham maksudnya.

    Susah kita nak capai kesempurnaan hidup, apa lagi inginkan dalam aman damai sepanjang masa. Kaya harta pula bukannya suatu yang kekal, lambat laun habis kalau tak diurus dengan baik. Ilmu juga tak akan bercambah, jika tidak diasuh dan ditambah, malah sekurang-kurangnya diperturunkan kepada org lain adalah dituntut.

    Yang aku perlukan..
    Mungkin bukan kesempurnaan segala-galanya. Mmglah tiada org yg nak mintak bala, apatah lagi bahana dan musibah. Jangan kata manusia, kucing pun takut kalau kita mahu campak ke kolam, menggelupur. Tapi cukuplah sekadar memiliki kehidupan yang baik.

    Wallahualam bissawab

  19. Sejenak Mendongak Berfikir

    Thursday, March 3, 2011



    Kita TULIS bermacam 'slogan'
    Untuk diri serta kawan
    Dari sepatah hingga berjela
    Dari sebaris hingga ber'layer'
    Dari kosong hingga berwarna
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin akan membebankan?


    Kita KOMEN segenap ruang
    Setiap status yang terbentang
    Setiap foto yang terpandang
    Setiap rakaman yang terhidang
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin boleh membebankan?


    Kita SIMPAN semua kenangan
    Tak kira apa bentuk tulisan
    Tak kira foto berbentuk pengalaman
    Atau sekadar coretan harian
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin lahirnya bebanan?


    Kita 'TAGGED' nama kenalan
    Agar tersebar sejangkau inginan
    Atau sekadar hanya mainan
    Yang bersulam dengan gurauan
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah itu jelas membebankan?


    Kita UCAP selamat malam
    Dan ucapan ulangtahun kelahiran
    Tak lupa ungkapan puji-pujian
    Kadangnya ketawa penuh girang
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah yakin tidak membebankan?


    Tak perlu bebankan kepala
    Menghitung kapasiti dan peningkatan

    Penambahbaikan laman sosial

    Milik Mark Zuckerberg
    yang sudah senang lenang

    Berkerutlah sejenak memikirkan

    [ TULIS KOMEN SIMPAN TAGGED UCAP ]

    Yang telah kita zahirkan
    Dari pandangan kaca mata dunia keliling

    Kerana lumrah manusia
    Sering lupa dan tidak sempurna


    i love my friends

    By: Kucing Kuyup



  20. jika sabung ayam hanya bidalan

    silih ganti
    susun ikut alunan masa...

    silih ganti

    ikut rentak irama dunia...
    silih ganti

    susur galur tinggalan ibunda...

    silih ganti

    antara nafsu dengan noda....


    pengganti diri
    hebat bidalan dari acara

    pengganti diri
    nikmat dunia teramat dirasa

    pengganti diri

    hilang adat hilang jasa

    pengganti diri

    selagi cantik segenap rupa


    membidal tuah dihati jebat
    perkasa dan gah janji keramat

    menyunting hati menyunting niat

    ibarat merpati terjerat ikat

    kukuhkan jati
    perhalusi diri
    tertutup hati
    langsung digari

    jangan ditatang dua kali
    jika calar masih bertali

    jangan tertarik dengan beli
    jika sayang pada azali

    Bidalan aku cuma hiasan, jangan ditanya jangan diangan

    Bidalan aku hanya kiasan, tak perlu ada hati terkesan

    Zahir tidakkan seputih, Batin tidakkan sehitam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.