Wahai Rakyat Jelato ~
Kelantan negeri lahirku, negeri berdaulat, menghijau...Tidak usang tidak pesat, selari dengan rentas masa, walaupun tak la semegah 'Amareka'...
Pahang sekarang tempat kampungku, berbukit bukau menggunung...
Tidak ada kambing bertempiaran, tapi mee calong jadi kegilaan...
Ditengahnya Terengganu. Laluan si penyu, menghubung antara benua kijang dan sang gajah...
Unik dan terpanjang di semenanjung, 5 jam dari hujung ke hujung itu biasa...jaohhnya...dek nung...
Wahai Rakyat Jelato ~
Melaka pula tempat belajarku, yang selangkah kaki dari alam sekolah...Cucur udang jadi taruhan, nasi lemak makjan jadi tarikan. Bas bas private yang usang, lantai kayu masih digunakan...
Negeri Sembilan selalu tempat persinggahanku. Bukan tampin, malah jauh dari itu. Somban pun pernah... Cuma hanya satu belum sampai. Port Dickson, apakah indah apa dikato?
Johor negerinya maju, tapi jengukku setakat sepertiga...
Paling kurang jejaklah jugak dari tidak langsung. Teringin nak ke sempadan kota singa. Sentosa...
Selangor current negeriku. Bermastautin tapi tak bermaharaja...
Belajar dan terus gali rezekinya, dari kelip kelip tiada hala. Aman negerinya, sibuk pun ada. Yang sibuk hari biasa, yang aman bila cuti sem bermula...hahahaha. (jgn terasa...)
Kuala Lumpur usah aku cerita. Satu Malaysia tahu isinya. Sarat dengan dunia...dunia...dan dunia. Namun bukanlah tiada sudut jiwa, cuma takwa boleh lemah dengan pancaroba...
Wahai Rakyat Jelato ~
Ke Perak pernah lalu saje. Singgah pun untuk rehat semata...Banyak nak merasa, Tambun yang katanya seronok, atau kopi antong yang cukup aromanya..berbisa.
Kedah dengan Pekan Rabu nya, yang bukannya dibuka hari rabu sahaja. Murah juga harga, tapi jangan 'jenge jenge' kata depa...
Penang toksah cita. Itu negeri aku selalu pi sana. Ada pokok sebatang di bendera. Tapi sampai sana lebih saja dari sebatang. Setepek kena. Ada Melayu, ramainya cina. Mamak kuasa vetonya, sebab itu terkenalnya 'Line Clear'....
Perlis saja aku tak pernah merasa. Dari singgah atau lalu saja. Belum ada rezekinya, tapi niat InsyaAllah akan kesana....
Wahai Rakyat Jelato ~
Aku bukan sultan memerintah. Tidak memiliki negeri di Langkasuka.Cerita ini benar bukan melatah. Dari apa yang aku ingat dan aku suka.
Negeri dibawah bayu dan Puteri Santubong... biarlah aku buka lembaran baru.
~ink sudah kehabisan.
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment