kucing B: kau tahu tak senah, kat sana ada jantan ekor besarrrr!!!
kucing A: laki aku kot...
Kadang2, ada org tahu yg dia sedang melakukan kesalahan. Tapi diendahkan. Aku boleh katakan, itulah lumrah manusia, tak lepas dari melakukan kesalahan. Aku bercakap untuk diri sendri juga, kerana aku pun pernah melakukan perkara yg sama.
Salam,
Tajuk entry ni ada kaitan ngan lagu Kalau Berpacaran ker? hiks, takde la. Cuma rasa terpanggil pulak untuk aku berkongsi entry ni, dengan apa yg sering berlaku sekeliling.
Ada satu keadaan dimana, boleh aku simpulkan, "Jangan celarukan pegangan, yang mana Islam tidak pernah mengajarnya".
Apakah keadaan itu. Ermmm...
Kadang2 kita melakukan kesalahan, walaupun kita sedar yg kita SEDANG melakukannya. Kalah dgn nafsu dan godaan. Mungkin itu lumrah insan. Tapi... ada juga yang melakukan kesalahan, dosa, keburukan, malah lari paksinya dgn mencampuri urusan/akidah agama. Jangan lah memohon kekuatan dari Allah sekiranya apa yg kita lakukan itu bercanggah. Kerana disitu terselitnya pertolongan dari syaitan. Senyum simpul 'dorg' bila melihat kita dlm kesesatan.
Apa pulak 'jika' kita ingin menegur ibu bapa. Wajarkah kita menasihatkan ibu bapa, walaupun teguran itu membawa kepada kebaikan? Aku terbaca dr satu blog, menjawab persoalan ini..
sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan melaksanakan amanah Allah terhadap kedua ibu bapanya, mestilah menegur kesalahan ibu bapanya dengan cara yang baik dan hikmah. Kerana anak tersebut telah memelihara ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah. Jangan takut kepada segala kesulitan yang akan dihadapi, takutlah kepada Allah yang sentiasa memerhatikan perbuatan dan percakapan kita. Jadi seorang anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kebaikkan kepada kedua ibu bapanya.Sebenarnya kita kena ingat dua perkara ni.
Fardhu kifayah :
jika kita menegur kawan2 atau secara terbuka kpd semua org, jika mereka/dia/org itu melakukan kesalahan. Kalau dorg tak endahkan, itu sudah terlepas atau diluar tanggungjawab kita.
Fardhu Ain :
jika kita melihat kesalahan keluarga, saudara dan sesiapa saje yg sudah dibawah tanggungjawab kita, tegurlah sehingga teguran itu membawa kepada perubahan atau kebaikan dr apa kesalahan yg dia/mereka/org itu lakukan.
Itu hukumnya, bkn aku yg create yer...
Apapun, apa kata kita budayakan cara menegur dengan lemah-lembut dan bijaksana. Hakikatnya, dalam isu tegur sapa, sebenarnya tidak mengira umur, tak semestinya tua pengalamannya lebih sempurna, tak semestinya yang muda tak perlu dorongan dari org yg lagi pengalaman. Pangkat dan status pun tak semestinya membataskan teguran. Jangan risau kalau dipihak yg benar, sedangkan haiwan pun akan paham kalau diasuh.
sian....
Apapun, tegurlah asalkan itu benar dan tidak mengundang murung/kena dengan caranya.
Teguran untuk membalas dendam, atau sama sekali menggunakan teguran sbg mem'bahan' seseorg.? errr...tak elok rasanya, kan....
Renungan bersama:
Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Wallahu alam bissawab
~: Kucing Kuyup sesekali memandang dunia sekeliling :~
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment