Hari itu aku belajar lagi tentang kehidupan. Satu perasaan yang timbul, dan tunduk kepadaNya. Ketahui apa yang berlaku, kita tetap dalam naungan Yang Esa.
La Tahzan, bukan satu ungkapan baru aku dengar, sebelum ni aku pernah terbaca ayat ini, dan kalau tak silap sudah ada novel atau judul dikupas berkenaan La Tahzan ni.
La Tahzan, Innallaha Ma'ana - At-Taubah (9:40)
Hari itu aku melihat satu video motivasi ini, yang bagi aku cukup memberi pengertian dan membuka keimanan. Rasa terharu, hiba dan khilaf bila aku amati video ini.
Betul, kita tidak pernah sempurna. Menghampiri kesempurnaan itu mungkin. Lumrahnya, kita selalunya diuji dengan kebahagiaan dan kesedihan, pahit manis dan resam dunia. Kenapa? Pernah korg merungut semua ni? Tak baik merungut Qada' Qadar yang telah ditetapkan, malah berdosa jika kita mencabar Keesaan Ilahi. Tapi hati kecil bagaimana? Aku pernah jer merungut, tp dgn cara sendiri. Tidaklah sampai mencabar kesucian Islam, cuma mungkin mengeluh nasib dan cabaran yg diterima. Buntu. Resah. Keliru. Itu biasa, yang dinamakan kehidupan.
Kalau kita tidak pernah menerima cabaran dalam diri, percayalah kita tidak akan kuat untuk hidup. Kuat dari pelbagai segi, dan rasanya tak perlu aku huraikan disini, sb mgkin korg juga paham maksudnya.
Susah kita nak capai kesempurnaan hidup, apa lagi inginkan dalam aman damai sepanjang masa. Kaya harta pula bukannya suatu yang kekal, lambat laun habis kalau tak diurus dengan baik. Ilmu juga tak akan bercambah, jika tidak diasuh dan ditambah, malah sekurang-kurangnya diperturunkan kepada org lain adalah dituntut.
Yang aku perlukan..
Mungkin bukan kesempurnaan segala-galanya. Mmglah tiada org yg nak mintak bala, apatah lagi bahana dan musibah. Jangan kata manusia, kucing pun takut kalau kita mahu campak ke kolam, menggelupur. Tapi cukuplah sekadar memiliki kehidupan yang baik.
Wallahualam bissawab
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment