Rss Feed
  1. Gabra ra ra ra.. Lala hu la la...

    Wednesday, May 25, 2011


    Musim exam, test, peperiksaan (bkn sama ke ngan exam td..), quiz, interview, dan apa saje yg memerlukan kita menguji keyakinan diri utk berhadapan, sudah tentu sedikit mendatangkan takut pada diri. Takut tak dapat jawab? takut tak mampu tulis? risau soalan susah? hujah tak cukup? maka seterusnya episod gabra pun bermula... :)


    Sebenarnya fenomena (bunyi macam kumpulan feminin jer :P ) tu semua org akan lalui. Kenapa semua akan lalui, takde ke yg tak takut langsung berhadapan ngan semua tu? Ada..... tapi bila keyakinan diri dan pengalaman dah berada diperingkat professional, baru lah...

    ''eleh, exam jer...".

    "ala... kacang jer, setengah jam nk test study la kejap".

    "owh, esok ada exam ker?? sempat lagi main boling ni... :)"

    (AMARAN: cth ayat2 diatas ialah setelah kita berada ditahap "PEROOO".... (dasssyatlah lu bro)


    The rest yang sekilas terasa seramnya nk amik test esok, meh nak kongsi teknik2 mengurangkan (bkn mengatasi yer, sb aku tak leh bantu mengubah perasaan takut korg).


    Pertama, yang paling pernting (penting lah, bkn pernting), jangan meletakkan diri kita perfect ditahap gaban yg terjun dr langit atas motornya sampai bergaya kaki ke belakang tu. Cukup la sekadar merasa yakin 'aku dah ready'.


    Kedua, wat revision dulu, study dulu, research dulu, nak kencing pun kencing dulu (takde kena mengena), takut kemudian. Jangan pengaruhi otak korg dgn susahnya soklan nanti, feedback org pasal garangnya interviewer, statistik lulus tahunan dan sebagainya. Itu semua men'down'kan lutut anda ke lantai membuatkan anda melutut dan menangis ketakutan sambil peluk bantal (jauh benor selingan imaginasi tambahan, hehe).

    Ketiga, positif atau lihat tanda ni ( + ) ...hehe. Explaination tak perlu, sebab kalau tanda tu pun korg leh paham, wat apa nk baca huraiannya lagi, kan :)


    Keempat, kalau... apa yg korg akan berhadapan nanti, boleh merubah hidup korg, cuba jdkan sebagai motivasi untuk mendapatkannya.


    Kelima, "tawakkaltu alaAllah". Mudah-mudahan usaha kita mendatangkan hasil yang baik.


    Tak cukup lagi tips nya? Aku share kan tips berguna dari site www.iluvislam.com berkenaan keyakinan diri ni. hope membantu.

    01.
    Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

    02. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.


    03. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.


    04. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!


    05. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.


    06. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


    07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!


    08. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


    09. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.


    10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


    So, all da best mereka diluar sana. Tips ini juga untuk diri sendiri, berdasarkan bacaan dan pengalaman yg pernah aku lalui. Man jadda wa jadda kata pepatah arab, bermaksud Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan... (tetiba sedih dah lama aku tinggalkan subjek bahasa arab ni...hukhuk).

    ok proceed.... :)




  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.