-
Kita Adalah Kita
Tuesday, October 26, 2010
ketahuilah kerusi hanyalah alat sokongan, kita juga mampu duduk tanpanya
Jadilah Diri Sendiri...
Setiap insan...
Itu adalah istimewa...
Memiliki sekeping hati...
Segumpal fikiran...
Dan akal yang keemasan...
Memiliki kemanisan hidup...
Juga kepahitan perjalanan...
Rencah adunan yang seimbang...
Melengkapkan gelaran seorang insan.
Walau apa pun DURInya...
Menusuk...
Menikam...
Ketahuilah kita masih kuat untuk terus berlari.
Walau manisnya MADU...
Pekat...
Nikmat...
Ketahuilah satu masa mungkin akan rosak jika tidak dijaga.
Walau pahitnya PERIA...
Kelat...
Memang pahit untuk menelan kebenaran
Ketahuilah kebenaran tetap bersama mereka.
Walau harumnya WANGIAN...
Indah...
Asyik...
Ketahuilah tiada yang kekal abadi.
Ada orang begitu cepat melupakan sesuatu...
Bila dialas dengan keindahan baru.
Ada orang lambat menerima perubahan...
Ketika kenangannya masih kuat bersemadi di taman nurani.
Masih ada juga yang sukar menerima gantian...
Kerana hatinya masih terpasak rapi.
Ketahuilah...
Setiap daripada kita adalah unik.
Tiada individu yang sama..
Maka...
Tiada juga perlu rasa berkecil hati...
Rasa rugi...
Iri hati...
Kerana kita tetap didalam acuan yang berbeza...
Yang masing-masing ada bangganya.
Tidak salah meniru...
Kerana pengalaman itu membantu.
Tidak salah mencari...
Kerana perjalanan perlu ditemani.
Tidak juga perlu kesal...
Memiliki sedikit sokongan nurani.
Kerana ketahuilah...
Kita masih rapuh untuk menilai diri.
Juga ketahuilah...
Sesekali wujudkanlah sifat insafi.
Terpuji.
Salah itu kita...
Perbaikilah.
Betul itu juga kita...
Pertingkatkan lah.
Jadilah diri sendiri...
Kerana itu lebih indah...
~: Kucing Kuyup muhasabah diri, dengan secebis rasa ingin berkongsi :~laju mencakar entry mytafa at 11:48 AM | Labels: nukilan | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
Popular Posts
-
aku kosong kau datang membawa sinar aku kosong kau datang membawa bahagia aku kosong kau datang berkongsi suka aku kosong kau datang me...
-
Hari ke hari... Ku tunggu gaji tak masuk... otak makin tepu... Hari ke hari... Balik keje jauhnya adalah 60km dr umah.... Sampai jer umah ti...
-
Sempena hari jadi ke-27 si Ropli ni, meh aku kongsikan sedikit jenis-jenis perangai tak senonoh si gemok ni yang "hidden file...
mytafastudio. Powered by Blogger.
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment