Sempena hari jadi ke-27 si Ropli ni, meh aku kongsikan sedikit jenis-jenis perangai tak senonoh si gemok ni yang "hidden file". Jangan nampak saja muka happy, tapi anasir anasir ketegaq yang menyusahkan aku kadang-kadang turut menghantui anda semua....hahaha.
Aku panggil dia MOK (bukan nama sebenar). Warganegara Penang. Beralamat di Georgetown, Sg. Pinang, Jln Sungai, dan banyak anjing dekat area parit. Student grafik, tapi mcm stupid. Minat lebih menjurus kpd main masak-masak, kuat berangan chef lepas tengok Hell Kitchen, Kitchen Nightmare atau MasterChef. Degree holder dengan kepujian, tapi Master in Kemanjaketaikan. Agak sedikit pasif bila menerima kawan baru, tapi buas/jemuan lebih dari budak sekolah rendah bila jumpa buaian.
Anak keberapa dirahsiakan. Nombor fon dirahsiakan. Saiz ukurlilit selulit 36 inch ke atas. Jenis berfesyen "Color block". Berambut kembang tapi berkaki tirus. Berparuh. Ahli gout berdaftar dan sejenis burung takbolehduduk.
Banyak kriteria-kriteria lain yang agak membezakan MOK dengan manusia normal seperti aku dan orang lain, dari segi ketegaqan yang jitu dan paling ketara ialah segi pemilihan pemakanan.
KISAH KETEGAQ RAMBUiT
tiada logical thinking...
Ni nak habaq maiii satu citaa.. haaa.. Satu cerita masa konvo degree tahun 2010. Sehari sebelum konvo tu sempat la jugak pegi potong rambut, tapi nk potong kedai biasa-biasa, sombong. Nak saloon sahaja. Akhirnya, buang duit tiga empat puloh potong 5-6 helai rambut saje. Fesyenn... Pastu, hari konvonya, hahaha, mmg tak lepas la SIRIM graduan, tup tap tup kena tahan tepi. Orang dah berarak masuk Dewan Sri Budiman, dia dok layan saloon segera kat luar dewan. So, apa jadi?? Kedudukan seat dah mmg terpaksa skip kebelakang, dgn kata mudah dah keluar dari landasan satu batch... amik haria sangat bak hang.... Satu, ketegaq dok heboh ngan fesyen yg menyusahkan semua pihak, kedua dok wat ketaq merisaukan mak bapak takut kena tahan dr masuk dewan.
* Tapi tak payah risau, memang jenis tak makan serik,
sekarang pun dah fesyen kebayan tua kembang sebelah..
KISAH MAKANAN
Bab makan pun memang sangat susah nak duga. Orang makan dia tak makan. Orang sepatut tak makan, dia makan. Ni aku dah buat list setakat yg terlintas mengikut obeservasyennn... Baca sendiriaq!!!
>> SENARAI MENGADA WAT KETAQ yang tidak harus dicontohi <<
AYAM (daging ayam makan tapi songehnya...)
- bontot/pungkoq ayam tak makan (aahh... pungkoq ang la memilih)
- kaki ayam tak makan
- leher ayam tak makan
- hati ayam tak makan
- bulu ayam sah tak makan
- kalau ayam gulai, tak makan kulit.. (tapi kfc, kulit makan pulak)
* pedal ayam makan pulak, padahal situlah storage 'bahan kisar' paling srrupp skali..
LEMBU (daging lembu makan tapi songehnya...)
- daging korban tak makan (dengan alasan tak munasabah langsung)
- sup tulang tak makan
- sup ekor lagi tak makan
- sup lidah sah sah tak makan
- sup torpedo... tak tau la pulak makan ke tak.. hahaha
- hati lembu masak apa sekali pun, tak makan
* tang daging korban tu paling tak paham, padahal sama je, daging jugak...
IKAN (makan tapi songehnya...)
- patin tak makan
- keli dan seangkatannya tak makan
- sebenarnya segala ikan sungai tak makan...senang citer
* tapi telur ikan makan pulak
MINUM (songeh minuman bersusu)
- teh bersusu samada ais/panas tak minum (teh o minum pulak)
- kopi bersusu samada ais/panas tak jamahnya (kopi o ok pulak)
- nescafe bersusu samada ais/panas memang tak la... (nescafe o minum pulak)
- tongkat ali, tongkat abu, bertongkat-tongkat sah sah tak maunya
- kopi segera pun tak minum
YANG NI SPECIAL!!!
- boleh cicah biskut dalam air (semua jenis air panas yg diminum), tapi lepas tu air dah tak minum (perangaiii...)
- susu getah??
* agaknya kurang pendedahan susu kot, sbb tu anti
DURIAN?? (hmmm.. kerugian nikmat makan tahap tinggi)
- bubur ke, dodol ke, masak lemak ke, memang tak!!
- makan camtu sah sah takdenya..
KISAH xTRiM
Hoooo, tang manja ni memang manja ketaiq. Jenis tgk hindustan, nangis. tengok AF, nangis... jenis ayaq mata 1.5liter sebelah pipi, kalau nk bandingkan dengan botol mineral, hok botol besaq harga RM1.50-RM2.50 tuhh...
Jenis lebih merajuk mengada. Tak terlalu mengada di Shah Alam. tapi kat penang,
tuddiaaa "mama...mama......".
Tapi ada jugak perangai baeknya si MOK ni.. (kecilkan font tuk elakkan pembacaan)
Bagusnya si MOK ni bukan jenis kedekut duit. Aku tak nak puji pemurah, nanti ada yang akan bongkak. Berdosa. MOK ni jugak jenis ketegaq tapi banyak jugak mengalahnya, tu pun mengalah bersulamkan merajuk. Tak cerdik dia pun kadang-kadang satu kelebihan, so banyak perkara ilmiah tak akan banyak songeh, walaupun jenis yang tak suka explore skill grafik, nak orang tunjuk tutorial saja.
* Apapun perangai mangkuk ketegaq dia, aku tahu hati budi MOK ni baik, walaupun kadang-selalunya menyusahkan.
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment