Rss Feed
  1. Ikhtibar dari sebuah tinta...

    Monday, February 1, 2010

    Ikhtibar, aku terbaca citer ni dr blog seorng pakcik, bantalbuchuk..... terharu lak citer ni.. Citer nie pun katanyer email dr kawan nyer... waaa....copy yer pakcik, paste kat sini.....huhu, leh kan?? :P


    Secebis Kasih Sayang..*

    Aku cuma ada seorang adik.. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
    aku.Suatu
    hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
    anak
    gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

    Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia
    meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
    rotan
    panjang sedepa di tangan ayah.

    "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

    Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-
    dua
    kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

    "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
    mengangkat
    tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

    Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
    sambil berkata, "Saya yang ambil!"

    Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
    itu,hayunan
    dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu
    untuk
    bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak
    tumpah.

    Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

    "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
    perbuatan
    kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

    Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
    yang
    berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati..Namun adik cukup tabah.
    Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-
    cucuk.

    Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
    yang
    takut berkata benar.

    Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
    berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

    Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
    bersilih
    ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan
    baru
    semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama
    penuh
    dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-
    universiti.

    Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
    ruang
    tamu. Aku terdengar ayah berkata,

    "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga
    sekali!"

    "Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.

    "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

    Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
    ibu.

    "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

    Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
    merenung
    wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

    Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
    mampu aku
    lakukan ialah menutup muka dan menangis.

    "Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
    persekolahan
    kamu, ayah akan lakukan!"

    "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
    keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
    menyapu
    minyak pada pipinya yang bengkak.

    "Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

    Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia
    membawa
    bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
    tempat
    dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

    "Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
    dan
    akan kirim wang buat akak."

    Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
    cukup
    kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

    Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

    " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

    "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

    Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
    dengan
    pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

    "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

    Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
    yang akan
    kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

    Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
    tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
    bebutir
    pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

    Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
    apa
    orang lain kata."

    Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
    kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya
    tengok
    ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

    Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
    dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

    Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
    konvokesyen.Aku
    lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

    "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya
    balik."

    "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-
    luka."

    Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

    ''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

    "Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
    serpihan
    simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

    Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
    bekerja
    keras."

    Apalagi…aku menangis seperti selalu.

    Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
    menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

    "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

    "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
    ada."

    "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

    "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
    kesedihannya.

    Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
    tiada.
    Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
    majlis
    bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

    Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas
    menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

    "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
    sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
    memakai
    kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
    berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya
    berdarah
    sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

    ''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
    saja
    demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
    bila-bila."

    Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
    sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

    *"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita
    dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."*



    ~: kucing kuyup sedih :~

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.