Jika hadir ini,
Adalah amat memeritkan untuk diterima,
Adalah suatu bebanan untuk ditanggung,
Adalah satu kelemahan untuk dipikul...
Ku mohon bimbinganmu,
Juga keredhaanNya.
Jika hadir ini,
Salah pada tempatnya,
Tidak sesuai dengan waktunya,
Lari dari paksinya...
Ku mohon penjelasan,
Bilakah waktu sebetulnya,
Yang melayakkan aku diisi.
Jika hadir ini,
Mendatangkan pincang di lubuk hati,
Menguris perasaan walaupun hanya seinchi,
Menekankan setiap benak sanubari,
Ku mohon keampunan,
Susun sepuluh jari.
Mungkin aku salah,
Kerana terlalu kuat rasa ingin tahuku...
Sehinggakan aku lupa akan perasaanmu...
Maafkan diharap segunung harapan.
Mungkin aku salah,
Kerana terlalu tinggi beremosi...
Sehinggakan aku lupa emosimu...
Mohon ditegur supaya ku sedar dimana silapnya.
Mungkin juga aku salah,
Kerana menafikan setiap kejujuranmu,
Mengendahkan setiap pertuturanmu,
Memaksa penjelasan berulang kali,
Kerana aku hilang kewarasan dengan setiap 'jerat' nukilanmu,
Walaupun ia hanya satu perkara yang tidak terjadi.
Hanya khilaf kemaafan dipinta kerana terlalu menyayangi.
Aku cuma insan biasa.
Bukan seorang pemarah, malah tak pandai memarah dengan betul.
Aku cuma insan biasa.
Yang ada rasa cemburu, jika 'merasakan' tempat aku mula terisi.
Aku cuma insan biasa.
Yang secara tepatnya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Aku tetap insan biasa.
Yang tidak pernah tahu kemungkinan yang bakal terjadi,
Disaat melakukan perkara,
Secara nyata atau kurang teliti.
Apapun,
Harapan aku masih tinggi,
Masih berseri,
Masih tidak lari,
Memegang tali memegang janji,
Walau harapan seakan hampir mati.
Kerana aku sentiasa sedar,
Persahabatan itu adalah penyeri,
Sehayat hidup mahupun,
Sampai mati.
~ : jauh dari lubuk hati :~
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment