Rss Feed
  1. Lat Ta Li Lat.. Ward ward Lok Laq

    Monday, February 7, 2011



    Kuar masuk, kuar masuk... Cam elok rasanya aku mintak keje kat situ jer la, mana lah tau ada post designer kat sna ker.. hehehe

    Record admitted:
    1. 2000 (a week ++) - Dengue (Kota Bharu)
    2. 2001 (2 weeks) - nephrotic syndrome suspected (Kota Bharu)
    3. June 2010 - Dengue suspected (Shah Alam)
    4. Dec 2010 - Dengue suspected (Shah Alam)
    5. Jan 2011 - Dengue suspected (Shah Alam)

    Other temporary warded for emergency cases:
    1. 2004 - Food Poisoning (prawn) (Kuantan)
    2. 2006 - Accident (hahaha.. dah 3 kali eksiden :P) (Melaka)
    3. 2006 - Overdose medicine (hiks~) (Melaka)

    and minor treatment....


    Masuk ari tu, dah hattrick aku masuk wad G2, kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ni... ahaii.. Ntah la, nape dorg suka letak aku kat dlm tu pun aku tak tahu, tapi hati aku kuat mengatakan doktor kat KK Shah Alam yg salah..

    (KK=klinik kesihatan yer, bkn kucing kuyup)
    huahuahua, jahat giler menyalahkan doktor. Bkn ape, lepas kali kedua aku 'terperap' kat wad G2 tu, dgn tiket 'Denggi' katanya, last2 IGMnyer negatif, so kata doktor mgkin aku ada problem ngan darah, platlet tak senormal org normal (betul ker ayat aku ni).

    Appointment dlm 2 minggu sekali, amik darah and check, result tetap sama and sah bkn denggi walaupun mereka2 yg 'suspek' denggi slalunya dorg akan tgk pada ke'low'an platlet nyer.

    Dimulakan cerita masuk wad kali ke-3 ari tu, start ngan demam baru2 ni. Mmg aku demam, panas hot-hot chicken, batuk, selsema, pening (bkn sakit tuan-puan yer) dan segala bagai simptom org demam yg ada. Hari Isnin, dgn muka senyum terus ke KK Seksyen 7 dgn harapan nk amik ubat dan MC jer. Sampai kaunter amik no., MA/Nurse tnya, "berapa hari dah demam?", err.. "Jumaat malam", aku jawab. "Ok, amik nombor ni, gi amik darah kat bilik 13 yer".. Alamak, amik darah lagi..

    Aku bkn takut nk amik darah, dah terlalu banyak kali pun kena cucuk mende alah tu. Tapi mmg dah leh agak, platlet darah aku mmg tak normal, mesti dorg sumbat masuk wad lagi... fuhh!! Nasib baik aku bawak buku appointment skali time tu, boleh aku tunjuk kat doktor yg mmg aku ngah wat treatment darah yg sentiasa low, dan jugak sedang dlm proses appointment. Muka dah bujet tak perlu masuk wad dah. Bawah 100 slalunya sumbat masuk wad, then kalau cam tu, naya la aku... mmg kena la kalau nk ikutkan dalam kes aku, ape daa...

    Lepas amik darah, antar ke makmal dan tunggu result darah. Dapat jer result darah, bawak ke kaunter si nurse td. "Ya Allah dik. Amik no fast-track ni, guna nombor baru ni yer, tunggu dpn bilik 7", kata nurse tu. Hahaha, kan aku dah cakap, mmg layanan first class nyer nt, dorg mesti panic tgk platlet aku yg mmg super mutant nyer level. "Kak, baper platlet saya kali ni?" sajer aku tanya padahal aku dh pandai baca sendiri, hiks. Nurse tu tunjuk angka 55. Mak aii, rendah gak la, walaupun biasanya 60-70, mgkin sebab aku demam, no wonder la turun...hmmmm.

    normal platlet : 180 above

    Tunggu dpn bilik 7, dalam tak sampai 10 mnit jer rasanya, nombor fast-track aku kuar. Melangkah ngan pura2 parah dpn patient lain, harus la kena jaga hati, kalau tak ada yg tak puas ati nape aku leh masuk dulu, padahal baru sampai. Masuk dalam bilik, doktor tgk result darah, "awak suspek denggi ni", ayat statik yg betul2 dah ada dlm kepala aku. Haishh, terus aku kuarkan buku appointment aku yg mmg tercatat detail terkini, platlet, HB, BP, semua ada kat situ. "Doktor, saya mmg sedang terima rawatan susulan (ishh, rasanya tak se'skema' ayat ni ari tu, tp lebih kurang la msg aku)." Pastu, apa lagi, doktor td trus panggil 2 3 lagi doktor lain, dok study buku appointment aku. Hahaha, muka aku mula leh senyum, dlm hati mmg tak yah masuk wad, lagipun mmg aku dtg nk dptkan MC ngan ubat jer.

    SEKALI HAMBEKK....
    "Awak perlu refer kat Hospital Klang rasanya, platlet awak agak rendah walaupun mmg selalu mcm ni. Cecah angka 50 mmg kami perlu bg sikit perhatian, lagipun saya takleh lepaskan patient dlm condition cam ni. Kita perlu check mana tau ada bleeding tau apa2 yg tak npk skrg, yer". Banyak la ko nyer bleeding, pudding mau??.. Alaa.... kena lagi. Puas aku berdebat ngan doktor, tak mahu pegi sna, bukak citer appointment la, nak pegi sendiri la, mmg semua tak bg. Terus disuruhnya aku pegi bilik 13 balik. Dah agak, cucuk jarum yg pjgnya 6cm dlm urat tangan kanan aku, masuk drip. Hampehh, strategi aku tak menjadi, agaknya doktor tu pun main Warcraft gak kot, penuh strategi ngan tipu helah nk sumbat gak aku ke Klang, hmmmmmm.. sedeh!!

    Cam biasa, abang ambulan yg bawak aku kesana, bersiren tu beb. VIP jalanan tuk kali ke berapa ntah dlm hidup ni naik ambulan, tapi mmg rekod aku naik ambulan melebihi 4 kali dah atas byk2 sebab dan penyakit gak la, hahaha. Sampai Department Emergency HTAR, wheel chair dtg, nk jalan sendiri tak bg, terpaksa la aku ditolak sambil sempat melambai2 tangan kat patient lain yg sedang tunggu nombor, cam Miss Universe dah time tu, ngan drip ditangan, perghh.....

    Citer dlm Bilik Kecemasan...
    Tunggu nye tunggu, mcm2 patient ada. Eksiden darah berlinang pun ada, pakcik yg sakit tua pun ada, demam kepialu (padahal mana aku tahu minah tu kepialu, arghhh), kencing malam semua ada. Aku tunggu satu grup doktor cam biasa, tp sblum tu dtg nurse Sarawakian dua org, amik aku nyer BP. Cun gak, mmg comel... Sempat aku tnya, praktikal ker, hehehe, sb biasanya bdk2 praktikal bajunya ada 'sayap atas bahu' (ape org panggil ntah). - sempat ngorat tu, cehhh

    Dtg doktor india, amik statement, and tgk aku nyer buku appointment. Lama gak la tunggu kat dlm tu, dlm 2 jam lebih, sampai drip kat tngan aku pun tinggal suku jer lagi. Last2 masuk wad. Damnn...

    Hohohoho....
    SELAMAT DATANG KE WAD G2 lagi. Rasa cam ada red carpet ngan bunga manggar, berarak aku kesitu. Haha, nurse dlm tu, tak yah citer la. "Eh, awak lagi". Pedih ngilu dgr pertanyaan kakak nurse tu. Dok dlm tu tersadai cam org sakit mental, boring. Mmg asalnya demam betul, tp dah elok. Kena tahan punya pasal, demam balik, berjangkit sekeliling batuk2, denggi katanya. Katil pindah randah, last pindah kat katil hujung2, jauh dr pemerhatian kaunter nurse/doktor. Ermmm, rasanya makin jauh makin sihat la tu.

    Bertukar status PESAKIT...
    Disebabkan kekerapan masuk wad yg agak slalu (dlm tempoh 8 bulan, 3 kali admitted, semua dgn tiket denggi), doktor2 pun dah ada yg kenal. So, aku perlu refer ke Hemato (Hematology), dan dgn segala hormatnya status aku sbg pesakit Denggi tamat. Gulpp, kalau denggi atau H1N1, mmg gomen support selama mana pun dlm wad, termasuk kos amik darah, ubat, semuanya FOC. Tapi bila dh jd patient Hemato ni, mmg perlu dikira dr awal masuknya wad lgi, alahaii... Dah la nk tunggu team Hemato dtg ke katil bkn main susah lagi, nk kata dorg tak di'inform', mustahil sb doktor yg incas patient denggi dh hand over pun, dan salah sorg dr team dorg dh tahu aku ni patient dorg. Pintas sana sini, dtg la 2 org drpd team dorg amik statement, biasalah tnya pasal background fmily, sakit cam ner, bla bla... Sakit gak jiwa bila soklan2 ditanya cam nadanyer terpaksa je, macam aku lak mengganggu dorg, padahal dh dkt 2 ari status aku bertukar ke pesakit Hemato...hurmmmm
    (bengang giler...)

    Khabaran BERITA tak GEMBIRA mana...
    "Kita perlu amik sedikit air dr tulang sum sum awak, tuk diagnos penyakit. Jangan risau, risikonya taklah seperti disangka org kebanyakkan org sebelum ni, malah cara ni mmg terbaik sb dr sum sum dpt kita tahu awak sakit apa, berdasarkan platlet darah awak yg slalu low la. ape pun so far, HB awak ok.." Aii doktor, sup tulang mau???

    (HB=hemoglobin yg kebiasaannya menjadi perhatian doktor selain dr platlet)

    "Ermm, berapa lama saya perlu ditahan lagi, doc." Sb lgi lama aku kat situ, dah mula batuk2 dan selsema balik, dah mmg dlm environment virus pesakit2 denggi yg batuk disekeliling jer. "Ermm, mgkin kita terpaksa tahan awak tuk 3 4 ari lgi, untuk kita monitor cam ner condition awk." adoiyaiii.... Time tu dh 5 hari aku kat dlm tu, kalau tahan 3 4 ari lgi, berapa lama mahu check ni. Tak leh jadi, dgn berkeras hati, hehehe...
    "Takpe la doktor, saya rasa sy perlu balik dulu lgipun sy perlu decide ngan family gak pasal nk amik air tulang tu, wat masa skrg ni, sy tak boleh decide trus jugak. So, saya nk mintak balik dulu la doc, boleh kan?" dengan wat muka senyum Afdlin Shauki.. wink!! wink!!

    Asalnya dorg tak bg, tp last boleh, tp atas risiko sendiri. Apapun MC aku tak dpt, itu prosedure nyer. Nasib baik ada nurse yg aku kenal tolong dptkan sesuatu, yg menyatakan aku masuk wad. Senang aku nk tunjuk kat bos ker... MC tak dapat, mintak time sleep, tak dapat gak.. last2 nurse suruh aku mintak doc wat memo... hehe dpt. Kos perubatan lak, sepatutnya aku dh dikira bkn patient denggi, dan perlu bayar seawal masuk wad lgi. Aiii... dah la masuk pun bkn atas permintaan aku, dh ckp aku bkn denggi dr awal, degil... Sekali lgi nurse tu tolong aku. Sb aku masuk atas tiket denggi, so dia caskan bil berdenggi (bil berdenggi?? tak penah dgr pun istilah ni, jahanam), sehingga aku mula di'hand over' sbg Hemato. Kira2, free... sb baru jer aku jd patient hemato, lum lgi sempat amik darah.. so senyum jer la.. thanks kakak nurse, nt2 jumpa lgi.

    So...
    Skrg ni aku still ada appointment perlu attend. Amik darah tu konfirm, yg pasal tebuk amik air tu, perlu decide dulu cam ner, kalau ada option lain ker.. tgk la cam ner, tp so far ada wat survey tnya org/kwn/sedara sana sini... Ingat cam minum air kelapa ker leh tebuk2??

    Haishhhh.....


    thinking and thinking again.... sigh
    owh, thanks pada sesape yg dtg melawat...

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.