Rss Feed
  1. Glosary Ramadhan dan Syawal

    Thursday, August 18, 2011

    Seawal Sya'ban, Ramadhan dan masuk Syawal... rasanya inilah bulan paling byk kita dapat melihat mereka disekeliling berlumba-lumba menunaikan kewajipan. Ye la, mahu mencapai peluang bulan keberkatan, Ramadhan khususnya, maka masing2 memenuhi slot-slot pengisian rohani.

    Akhir Sya'ban bulan2 sebelum ni, maka bermulalah episod Ramadhan. Banyak yg aku lihat 'glosary' di bulan barakah ni... hehe.

    Ramadhan
    Bahasa org-org kita, bulan puasa. Bulan ibadat. Bulan tahan nafsu. Bulan setan kena ikat. Banyak lagi yg meniti di mulut umat Islam bila tibanya bulan ni, kan...

    Puasa

    “Dan makan minumlah kalian hingga telah jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.” (Al-Baqarah: 187)


    Pengisian bulan Ramadhan yg paling jelas kita lihat ialah berpuasa, dari Subuh ke masuk Azan Maghrib. Rukun Islam ke tiga yg jelas membawa kepada perkara WAJIB, walaupun ada sesetengah org mengabaikan, menSUNATkan dan sebagainya, nauzubillah. Lum lagi masuk bab2 puasa separuh hari, puasa penuh dan tak puasa...hehehe.

    tengok video ni sekadar renungan. Dapat naik kete jenazah tu beb...ado?


    Sahur
    Ermm, makan pagi sebelum masuknya subuh. Ada yg suka sahur awal, pukul 12 dh start, nak lagi budak2 bujang (macam aku...:) ). Sebagai pengalas perut, pelapik lemak (ehh...), penahan lapar atau menguatkan diri tuk bekalan puasa nt. Berkenaan dgn hukum hakam, hujah dan dalil, aku tertarik dgn LINK INI. sila lah jenguk sama yer...

    Imsak
    Waktu yg 'diambang nk masuk subuh'... dan mula boleh behenti makan, minum. Walaubagaimanapun, masih sempat nk sahur lg..

    Iftar
    Iftar ni sinonim dgn perkataan... "haaa, dah azan...". Time ni semua org akan senyap sekejap, sunyi dan kusyuk dgn hal-hal peribadi. Tak perlu di'explain' pjg lebar, sbb waktu ni adalah waktu yg ditunggu2 oleh semua umat Islam yg berpuasa. hehehe...

    Bazar Ramadhan
    Merata tumbuh bila bulan puasa. Namun smpai skrg aku masih lum dgr tempat ini dipanggil dgn nama Bazar Puasa.

    Tarawikh
    Insyaallah, jemput ke surau ye abg-abg, kakak-kakak, atok.... ehhh, hehe. Sembahyang yg ada hanya dibulan Ramadhan saja. Kebiasaannya ikut pemerhatian aku, minggu pertama sgt ramai, pastu..hurmm. Apapun ganjaran nya besar, CUMA... byk hadis-hadis disebarkan berkenaan dgn khaifiat malam mengerjakan tarawikh, seperti malam pertama ibarat suci seperti baru lahir dan sebagainya... dikatakan adalah dari hadis-hadis palsu yg tidak tahu kesahihannya lagi. Wallahualam, namun mmg dinyatakan ganjaran mmg besar sepanjang malam-malam mengerjakan tarawikh. Jom kita tanya pakar dan ulama yg lebih arif.

    Lailatul Qadar
    Malam seribu bulan. Malam yg beruntung bg umat yg terpilih mendapatkannya. Ganjaran pahala yg berganda dan berada di 10 malam terakhir. Amin, mudah-mudahan.

    Zakat fitrah
    Duit zakat mengikut segantang beras, dibayar kpd wakil2 kumpul zakat (amil). Bayar tau.. berdosa tak lunaskan, kerana berada dlm rukun Islam ke 4.

    Baju Raya
    Istilah org-org kita yg paling jelas digunakan. Takkira lah beli seluar, selipar atau boxer baru, perkataan baju raya juga ditanya dah beli ke belum.. hehe

    Kuih
    Biskut raya, kek, ketupat lemang, dodol... apa lagi... Tu semua juadah turun temurun yg tak lengkap kalau tak ada. (tapi aku tak kata MESTI ada, kan..)

    Duit
    Hehehe... gelak sudah menjawab

    Bonus
    Tiada di ofis aku, pity.

    Gaji
    gaji hujung bulan puasa adalah yg paling dirasai keperluannya. Mcm2 nk beli, nk tukar tu, tukar ni, family, anak, laki, bini, awek, pakwe makwe, sedara, gefren boyafren... semua macam nk tuntut sesuatu je dr kita.. walaupun dorg x habaq. hahaha

    Servis
    Pukulan servis buat apa. Ni servis kete, motor, lori, dan bas (bg pemandu bas) amat penting musim raya ni. Errr, kita kat Mesia ni statistik kemalangan agak membimbangkan jugak la.

    Jammed
    Mende ni tak raya pun jammed kalau sesape dok area bandar2 dan KL especially. Tapi dekat nk raya ni, lagi sardin dibuatnya. Org nk ke utara, pantai timur, selatan, kutub utara, siput sedut... semua nk pegi. Ada yg nk pegi Jakel pun naik kete walaupun umah depan mata.. ermmm

    Family
    Part yg ni paling terharu, start masuk bulan Ramadhan lagi sampai tengah raya. Iklan2 sekarang pun byk amik storyline dr kisah masyarakat dan family. Anak tak balik kampung, kayuh basikal, burung murai, beli lembu dan byk lg dr produksi syarikat otai-otai dinegara ni. Salut juga kat usaha dorg sb kadang2 membuka mata kita pd cermin dunia yg berlaku kat negara ni skrg. Citer kampung, org melayu, environment sawah, pokok kelapa semua tu adalah nilai estetika yg dapat merentas perasaan kita sebagai warga Mesia. Sinonim habis bak kata kucing luar.

    Pengisian
    Banyak pengisian dapat kita lihat. Ada yang belajar BENDA baru. Buat kuih, kenal tepung kastard macam mana, serbuk penaik macam mana, beli oven baru, belajar saving duit, jimat cermat dan sebagainya. Ada juga yg belajar PERKARA baru. Kenal solat tarawikh bg yg jarang atau tak penah try solat :) , kenal puasa bg budak2 sekolah baru nk 'membesarrr', kenal nilai kesopanan dan tahan nafsu disamping leper seharian berpuasa, bangun sahur dan sebagainya.

    Term-term ni semua hanya datang pd Bulan Ramadhan ke Syawal saja, setahun sekali mengikut kalendar Islam la. Sebab ada sekali tahun berapa ntah, sempat kita beraya Aidilfitri 2 kali dalam tahun Masihi yang sama, kan.. ingat tak?

    Tapi masa ni berjalan ke depan, tak pernah sekali stop kejap, tak pernah langsung toleh belakang. Bila dh tak cukup masa, mula lah mengeluh. Pastu mulalah dialog-dialog cubaan yg memfitnah masa. berleluasa... haha

    masa telah mencemburui kita laa...
    masa sudah time laa...
    masa itu emas laa... (walaupun emas boleh dijual, masa tak boleh :) )

    Dalam kemeriahan bersiap sedia menyambut syawal...
    mungkin ada yang masih belum standby. belum ready.

    Sekadar video renungan bersama. Sedikit sebanyak adalah cerita pasal diri aku juga. Aku ada cerita berkaitan dgn video ini, mgkin aku buka entry lain kalau ada kesempatan, Insyaallah.

    Klik LINK ni bagi yang tak dpt preview video ni, sumber dari youtube je.


    Apapun, Selamat Hari Raya semua dari Kucing Kuyup.. Maaf Zahir Batin.


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.