Rss Feed
  1. Luhur Bicara

    Tuesday, December 29, 2009



    hati seakan berbicara sendiri
    minda pula seakan
    menghampar segunung harapan
    jiwa seakan menagih setitis kasih

    dia...
    sememangnya hebat di persada
    malammu disulami seni yang indah
    dipenuhi riadah
    setiap ruang genap ketika
    penuh pelbagai acara

    irama asli jua juara
    gamat suasana dikir yang ceria
    sedang aku terkelu bicara
    terpegun begitu hebat setiap malamnya

    aku diulit sepi
    seakan diri semakin ditinggalkan
    walaupun mungkin tiada niatmu

    tetapi aku masih mengharapkan
    sesuatu ikhlas luhur hatimu
    sedang bibir menafikan tingkah
    mata masih lagi kecundang

    sepi sebuah jiwa
    aku bagai keseorangan
    di tengah lautan
    tetapi kutunggu jua

    sejauh mana jiwa termampu
    setiap hari yang biasa
    setidak tidaknya masih jua
    terdetik dihati memikirkannya

    dikala setiap persiapan
    janganlah dilupa insan ini
    walaupun dalam mengejar citamu
    ingatlah diri ini berdoa selalu

    duniamu dan duniaku mungkin berbeza
    indah itu milikmu
    hidup malammu
    bersendikan ceria
    sedang aku masih menunggu
    disetiap gelap
    disetiap gelita

    Mungkin juga benar
    kita dari daerah yang berbeza
    kerana dalam persamaan
    aku akui
    kita tetap asing
    cara dan rasa



    |


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.