Rss Feed
  1. Surat Tidak Rasmi Yang Dirasmikan...

    Tuesday, April 6, 2010

    Kucing Kuyup @ mytafa

    Sekretariat Barisan Belakang,

    P.O.B Meja Pengarang SKP dan Praktikal,

    Shah Alam.

    Bahagian Perkhidmatan Maklumat,

    PTAR 1 bukan 2 bukan 3,

    Shah Alam, UiTM Malaysia.


    Tuan/Puan/Dato’/Tan Sri/Ibu/Bapa/Suami/Isteri/Kakak/Abang


    SURAT TIDAK RASMI YANG DIRASMIKAN


    Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu, agenda utama diusulkan hanyalah merupakan rumusan yang berbentuk jenaka, tapi disahihkan dengan input-input penting semasa.


    2. Sepermulaan pengenalan di BPM, pada semester 3 di sini, tidaklah seramai tambahan staff pada masa sekarang. Yang ada pada masa itu, Kak Eza, Baman, Bawan Tem, Kak Ros, Bawazit, Bamasrom, Kak Zura dan Puan Farid. Bagaimanapun, penambahan staff-staff yang boleh dikatakan baru didalam segi empat ruangan BPM ini (bg pandangan pengarang semata-mata kerana sebelumnya tidaklah mengenali..hikhikhik) adalah satu objektif bg meningkatkan khidmat yang berkualiti dan efisyen dalam menyampaikan maklumat. Chaiyok!!


    3. Proses pengenalan pengarang dengan staff daripada berstatus bujang sehingga lah sorg demi sorg berumahtangga, wahhh meriahnya mereka....Disini pengarang banyak berkongsi pendapat dan idea, serta gelak tawa yg gila, yg kadang2 melampau sampai terpaksa cover2 bila En. Dayat lalu, wakakaka....terutamanya Kak Eza dan Kak Zura yg berada dibarisan hadapan pintu, adalah ibarat walkie talkie bila kedatangan Asmaradana dan Staff lain ke ruang BPM.....(sape asmaradana?? Ade laaa...)


    4. Lady Arween, Kak Aida, Din Mabeles, Bawan, Kak Lah,Kak Zah, Kak Yan dan Kak Imma yg dulunya berada bersama dgn pengarang dibilik En. Zubir, adalah utusan-utusan baru yg diwujudkan bg menceriakan ruangan BPM pada masa kini. Seawal pengenalan pengarang, agak malu2 tuk tegur, takut kan garang ker aper ker....Tapi benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta (cinta ker??). So bila dah kenal, semua nya aku BOOM, tak kira !!! wakakakaka.....


    5. Kemudian, kemesraan disini dilanjutkan dengan cara melepak2 disana sini, camping di Kemensah (walaupun pengarang tidak join skaki), makan McD, pegi cafe sama-sama, dan paling utama bila facebook dijadikan platform pengeboman yg dasyat bila kuarnyer sesuatu isu di ruangan BPM ini...hikhikhik...


    6. Apakah motif surat ini kan?? Bengong tul kucing kuyup bila meng’korporat’kan entry blog nya yg sebelum ni alergik kluarkan ayat2 pejabat..... tapi apapun, pengarang dan binatang peliharaan nyer (penguin) akan mengakhiri task berada di ruangan BPM ini sebaik shj tarikh konvokesyen menyinggah.....mgkin seminggu sebelum, mgkin sebulan sebelum atau mgkin sampai penghujung april......(tetiba jadi citer sedih lak...)


    7. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan pengarang. (ehh...pehal pulak, pertimbangan ape pulak ni tetiba...hikhikhik)... Apapun, sebenarnya, ramai org dan kawan-kawan pengarang yg telah mendapatkan tempat bekerja, yg dikatakan jauh lagi mencabar dan tinggi paymentnyer.....mmg ler jika dibandingkan gaji SKP tak lah sehebat industry diluar sana, walaupun pengarang juga berharga di gred 41 utk bekerja. Persoalannya, kenapa tidak turut mencari bidang kerja yg lumayan seperti mereka diluar sana.


    8. Sebenarnya baru dlm proses mencari. Tapi utk menjawab persoalan diatas, jawapan ringkas dirumuskan pengarang, iaitu perbezaan yg berlaku disini, dan keistimewaan yg terdapat di ruangan BPM pd pandangan pengarang ialah........... “kami disini adalah seperti keluarga”. Itu yg menyebabkan masih berpijak dibumi BPM.


    9. Segala kesulitan amat dikesali. Akhir kata, pengarang tinggalkan dengan satu bentuk ungkapan, “tiada pengalaman yg boleh dicipta, tetapi pengalaman adalah sesuatu yg perlu dihadapi. Nikmatilah pengalaman itu dan kecapinya supaya tidak termimpi-mimpi”. Sekian.



    Yang Menaip,

    ~ : Bila Kucing Yang Kuyup Bersuara :~



  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.