Rss Feed
  1. Kenali Nickname Aku!!

    Thursday, July 1, 2010

    Salam semua, lama sudah aku tak updatekan blog nie,ermmm.....

    Kali ni entry bukannya terpaksa, tapi rasa terpanggil untuk bercerita pasal diri sendiri... Ok, carik punya carik, rasanya aku juga mempunyai banyak nama yg telah digunapakai dr dulu sampai sekarang....



    Ermmm, nak tahu nama-namanya.... silalah baca.. Owh ya, sebelum tu, perkenalkan nama penuh aku mengikut IC:

    "TENGKU AHMAD FAKRUL ADLI BIN ENGKU MAT"

    ........................................................................................................................................................


    nama ni dh lama member2 panggil aku, dr sekolah rendah lagi, dan sampai sekarang ini juga lah average mereka disekeliling aku gunakan panggilan ni.... ntah la, dalam 4 kerat nama aku, yg no 3 ni jugak melekat, biasanyakan org akan pilih yg paling last atau awal...

    ermmm...
    cuma problem nyer, org akan salah eja, selalu jer salah eja, FAKHRUL, padahal nama aku FAKRUL (without H), hiks...

    STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA


    ermmm...,
    yg ni rasanyer si Amat Ropli yg mulakan, singkatan yg berbaur tuttt kalau tersalah dgr...hikhikhik... agak ramai jugak yg dh gunakan singkatan ni, drpd fakrul kepada lgi singkat, fak atau faq, sama jer...

    apapun...,
    panggilan ni tak penah digunakan masa time sekolah langsung..so mgkin member2 lama aku keliru kalau terdgr org panggil aku dgn nama ni.. iyo la


    STATUS PANGGILAN:
    MASIH DIGUNA



    ni nama aku, mgkin khas tuk family sahaja, sb aku tak galakkan korg panggil nama aku "adli", first sb fakrul tu lagi melekat dan dikenali, takut nanti kempius lak sape lak adli ni, unless mmg tau nama penuh aku, kan...

    apapun...,
    Ada jugak satu masa dulu time sekolah rendah, yg panggil aku adli, ermmmm (nostalgia sgt...), tp zaman dulu nyer citer, tolak tepi la kan...

    STATUS PANGGILAN:
    MASIH DIGUNA (FAMILY ONLY)



    hehehe, yg ni pun khas panggilan dr anak sedara aku jer, ayah chik atau "ayah kechik" kot...ahaha.


    Aku mmg ada ramai anak sedara, laki dan pompuan, dan jumlahnya mmg malas aku nk kira, atas dr 10 gak la...ermm, semuanya panggil dgn nama nie, tp kadang2 ada gak yg gunakan "Chik Li" (bkn cili, ok) sb takut clash ngan org lain...


    STATUS PANGGILAN:
    MASIH DIGUNA (ANAK SEDARA ONLY)



    Ada gak yg gunakan panggilan tengku, especially kat sekolah. Ermmm.. dr sekolah rendah lgi kot, dan mostly cikgu-cikgu la. Member pun ada, tp tak la ramai sgt..

    Nickname ni aku tak galakkan sgt untuk melekat kat kepala korg, sb penah jd, org tnya nk ckp ngan tengku, tnya mak aku.... tp tak tahu nama penuh aku, atau at least fakrul@ adli... padahal, adik badik aku yg lain pun ada tengku, wakakaka...

    ermmm...
    bkn tak leh guna, silakan, tak marah pun nk panggil, tp jgn sampai tak ingat nama lain aku, hahahaha takut berlaku kesulitan nt.. hiks~


    STATUS PANGGILAN:
    JARANG DIGUNA



    Yg ni aku dpt masa kat UiTM Melaka dulu.. biasa la, kat mana2 asrama/kolej, nk lagi kat UiTM, dh cam habit kat sna, mesti labelkan sorg2 ngan nickname. samada buruk tau baik, kena terima jer.... tp the rest, samada melekat ke tak, itu terpulang.

    Ermmm,
    panggilan ni mmg melekat sampai sekarang.. yg bagi nama nie pun, senior aku, Sagang nama nicknamenyer.
    Apa maksud nickname nie, hehehe..entah. Tp yg pasti aku dpt nickname nie lps balik dr kursus BTN (Biro Tata Negara), time kat kursus, aku jadi Imam sepanjang 5 hari kat sna.

    Pastu balik jer UiTM, ntah sape bg tau kot kat dorg, tu yg dpt nickname ni... (ermmm, seingat aku la kot, itulah citer nyer).
    Tapi apa pun, aku tak galakkan korg gunakan panggilan ni selama-lamanya,...

    first,
    sb ramai yg kenal aku ngan nama ni, especially kat blok R, tp tak tahu langsung sape nama aku yg sebenar, so kebarangkalian nk lost contact ngan aku kat luar sana nt (sekarang) agak tinggi. Cthnyer mana aku letak nama imam kat Facebook, cariklah, jumpa org lain ada la, kan...

    Second,

    reason seterusnya senang jer dr aku, "aku bukan nyer alim, dan tak penah anggap aku ditahap seorg imam".... (jawapan jujur)


    STATUS PANGGILAN:
    MASIH DIGUNA



    KK atau Kucing Kuyup. Actually ini nama blogger aku yg sah dan mutlak (cewahh...) Personally aku suka nama ni, dan amat galakkan sesapa kenal aku dgn nama KK.. simple dan senang ingat.
    Yg ni tak sama kes ngan "Tengku", maybe tak perlu kot tahu nama penuh aku, sb ni kan nama blogger aku, cam aku ckp td.

    So, seseorg blogger tak semestinya tahu sape nama penuh penulisnya, kan....tak penting senang citer, betul x?


    Ermmm...
    Aku pun kdg2 gunakan nama ni kat Facebook, tuk photo dan jugak status terutamanya. Ramai gak yg interaksi dgn aku guna nama KK, antaranya Ropli, Gee, Al, Iman, Wanie, edan coba, dan ramai lgi la... Owh yer, kenapa kucing kuyup?? rasanya aku dh penah jwb, cuba klik "about" kat atas tu...hiks~

    STATUS PANGGILAN: MASIH DIGUNA (SUGGESTION FOR BLOGGERS)


    T.A.F.A ialah singkatan nama untuk nama penuh aku, tp lum lagi termasuk bin, hehehe... Paling kerap digunakan bila seseorg nk balas komen aku kat status Facebook., senang...
    Aku dh lama komersialkan nama ni (amboi, tak agak2 ckp komersialkan, lantaklah...)

    Rasanya dr zaman sekolah lagi... sekolah menengah la, so, tak pelik kalau member2 sekolah pun tahu sape tafa ni...hehe


    STATUS PANGGILAN:
    GUNA UNTUK KEPERLUAN



    Yess, nama ni lebih kurang jer ngan TAFA, cuma tambah MY kat depan.... Aku gunakan nama ni untuk "labeling", "signature" dan "Trademark" jer.... cth yg paling senang, nama blog ni, kan...


    Actually, aku dh lama berangan mungkin satu masa aku ada company sendiri, tak pun ada kuarkan baju sendiri cam
    Adidas, Nike, tak pun Paul Smith semua tu, tp dgn nama MYTAFA, woww...meriah-riah kan kalau satu dunia pakai...

    Insyaallah, walaupun sekadar angan2, tp tak semestinya kosong, takdir tak siapa yg tahu kan....Amin


    STATUS PANGGILAN:
    MASIH DIGUNA (OWNER SAHAJA)



    Arul atau nama manja (cewahhh) dr Fakrul adalah satu2 nya panggilan dr seorg teman, kawan, adik dan juga sahabat (mak aii...yg mana satu ni, hikhik..).

    Nama ni tak ada unsur2 bodek, ayu, kiut, gedik, atau kelass bunyinya, tp cuma panggilan yg aku leh terima dan menerima panggilan ini seadanya... (amenda ayat ni, tak phm lak aku baca...ermmm).


    STATUS PANGGILAN:
    TAK PASTI MASIH DIGUNAKAN



    KUFAK atau nama comel (hahaha, comel sgt ker bunyi nyer....lantak la) adalah singkatan dr Tengku Fakrul yg penah digunakan oleh seorang makhluk Allah yg comel (hahaha...) yg dulunya sgt rapat ngan aku.. (sekarang pon rapat gak).

    Ermmm....
    Dalam masa yg sama, aku pun panggil "si pemberi nama" tu dgn nama yg bukan-bukan jugak, hahaha.....
    Tidak ada unsur caci maki, boom mengeboom, atau seangkatan dengannya, tapi merupakan nickname yg unik semata-mata.

    STATUS PANGGILAN:
    SUDAH JARANG KEDENGARAN



    Hahaha, kenapa tikus... Senang jer, aku lahir tahun tikus, kalau ikutkan takwim cina (ehh, takwim ker zodiak, lantak lahh)...
    Pencetus utama, tak lain tak bukan, si Penguin Ropli yg jahat, gemuk dan hitam...hahahaha (hambek ko..) Walaubagaimanapun, sudah ada pengikut seperti tinie dan berapa org lagi...mgkin la..hahaha

    Terang terangan nickname ini mmg ada unsur2 boom mengebom, tp tidaklah terlalu kasar didengar. Apapun aku masih menerima sebagai gurauan yg kadang2 ditahap hanjeng!! hahahahaha...


    STATUS PANGGILAN:
    TIDAK TERLALU KERAP



    Yg ni pun sama, tp rasanya cuma 4 org sahaja yg sering gunakan nama ni. Aku dpt panggilan ni masa di Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai, gara-gara gambar aku posing...mulut muncung cam itik, hahahaha..

    Tp hanya kami, (Aku, Faisal, Wanie dan Arwah, sori dh lupa sapa nama arwah...,)
    Hanya suka-suka sahaja panggilan ini, dan dah lama tak guna selepas salah seorg dr empat org group kitorg meninggal, sebelum result SPM kuar... so impak nyer amat kuat sampai kami tidak lagi labelkan nama yg pelik2 seperti ni...


    STATUS PANGGILAN:
    TIDAK DIGUNAKAN

    ..........................................................................................................

    Apapun, itu semua adalah panggilan manja aku sepanjang hidup. Aku percaya, semua orang ada panggilan yg tersendiri, mgkin bukan satu, dua atau mgkin lagi banyak...kan


    Tapi, itulah.....kita kena ingat, di akhir hayat, nama sebenar kita adalah paling penting dan utama, khususnya untuk doa, tahlil dan juga niat untuk derma dan langsaikan hutang sekiranya kita masih berhutang setelah meninggal dunia.
    So, ingat tu....

    Nama adalah satu anugerah dan juga maksudnya juga adalah doa.. Walaubagaimanapun kadang2 ada yg tak puas hati ngan nama sendiri...sehinggakan wujudnya simbol "@" atas sebab tukar nama dan sebagainya...ermmmm


    pesanan kepada ibu-ibu, bapak-bapak: namakan anak2 anda dengan nama yg baik-baik, dan sebolehnya org kata Up To Date, hehehe...

    bukan apa, isu yg akan wujud nt, walaupun kecil, percaya lah....



    aku cam ni jer, mgkin imej jer berubah, tp tetap org yg sama...

    ~: Kucing Kuyup relax-relax sajoh :~

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.