Rss Feed
  1. Sejenak Mendongak Berfikir

    Thursday, March 3, 2011



    Kita TULIS bermacam 'slogan'
    Untuk diri serta kawan
    Dari sepatah hingga berjela
    Dari sebaris hingga ber'layer'
    Dari kosong hingga berwarna
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin akan membebankan?


    Kita KOMEN segenap ruang
    Setiap status yang terbentang
    Setiap foto yang terpandang
    Setiap rakaman yang terhidang
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin boleh membebankan?


    Kita SIMPAN semua kenangan
    Tak kira apa bentuk tulisan
    Tak kira foto berbentuk pengalaman
    Atau sekadar coretan harian
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah mungkin lahirnya bebanan?


    Kita 'TAGGED' nama kenalan
    Agar tersebar sejangkau inginan
    Atau sekadar hanya mainan
    Yang bersulam dengan gurauan
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah itu jelas membebankan?


    Kita UCAP selamat malam
    Dan ucapan ulangtahun kelahiran
    Tak lupa ungkapan puji-pujian
    Kadangnya ketawa penuh girang
    Sejenak mendongak berfikir
    Adakah yakin tidak membebankan?


    Tak perlu bebankan kepala
    Menghitung kapasiti dan peningkatan

    Penambahbaikan laman sosial

    Milik Mark Zuckerberg
    yang sudah senang lenang

    Berkerutlah sejenak memikirkan

    [ TULIS KOMEN SIMPAN TAGGED UCAP ]

    Yang telah kita zahirkan
    Dari pandangan kaca mata dunia keliling

    Kerana lumrah manusia
    Sering lupa dan tidak sempurna


    i love my friends

    By: Kucing Kuyup


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.