Rss Feed
  1. Pilu Mutakhir

    Monday, May 23, 2011

    KUALA LUMPUR: “Saya sempat tarik tangan adik selepas runtuhan pertama, namun kakinya tersangkut pada batang besi khemah, saya cuba tarik lagi tangannya tetapi ketika itu saya nampak ada runtuhan batu menuju ke arah kami.

    “Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya.
    “Ketika berlari keluar dari dewan saya meraung kerana teringat apa yang terjadi kepada adik,” kata Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat dalam tragedi tetapi kehilangan adiknya.

    - petikan dari berita harian online bertarikh 23 Mei 2011. (klik untuk terus ke bharian online)

    Pilu, kan. Dan masih byk lagi berita tentang bencana yg menimpa di Hulu Langat baru-baru ini, ekoran berlakunya tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

    Video dan gambar, korg leh google kat internet. lagipun aku tak sanggup lihat lama2, apatah lg nk ping kat entry blog sendiri, sangat menyayat hati. Dengan cerita dan pengalaman-pengalaman mangsa yg memilukan, rasanya hanya mereka yg 'angkuh' dgn keseronokan dunia saja tidak akan merasa sebak.

    Bagi aku, kejadian tersebut secara kesimpulannya membuka pintu hati sesetengah org, pihak dan kesatuan dalam keluarga, disamping kita redha dengan ujian yg diberikan oleh Allah.

    Tak perlu untuk kucing kuyup membuat liputan panjang. Bkn 'pemalas' untuk membuka entry berkenaan kejadian ini, tapi cukuplah media menyediakan informasi yang disertakan gambar, video dan ulasan semasa. Apa yang ingin kucing kuyup kongsikan...

    Kita yg masih gagah bernafas, ambil lah sebagai wadah, membuka ruang kpd keimanan yg mungkin dah lama sepi, agar tidaklah hanyut diulit keseronokan semata mata.



    ~ : Al-Fatihah kepada mangsa :~

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.