Rss Feed
  1. Hormat. Hormat. Hormat.

    Thursday, September 29, 2011

    Syawal sudah habis. Semalam, 28 September 2011. Sekarang sudah masuk bulan Zul-Qaedah.
    Cepat masa skrg ni, tup tap tup tap separuh hari... tup tap tup tap balik keje.... dah balik, setel itu ini, bla bla bla tido. Esok dah hari lain walaupun dgn muka dan mood yang sama :) . Tengok kalendar, dah hujung bulan September. Nak masuk Oktober, pastu November dan diikuti Disember....

    Ehhh..dah dah dah!!! Ape kejadah aku dok merepek cerita pasal kalendar ni.
    Ok, let's move to another and -better- topics.

    Ceritanya aku akan bertapak ke gelanggang baru nanti. Bukannya gembar gembur semata, yer. Ke-nya-ta-an ni. Tempat lama selamat tinggal, bak kata org tua2 "Barang Yg Lepas
    Jangan Dikenang". Dressing mgkin sama la kot, bert-shirt, jeans, berkasut atau selalunya selipar je. Sebelum aku decide ari tu, ada juga tentangan berbentuk psikologi, mgkin sebab taknak lepaskan aku beralih ke angin baru. Tapi nak tak nak, mmg hak untuk memilih terletak sebulatnya kat seorg pekerja, kan.... Peace Yoo~~!

    Tapi aku tak lah seorang yg kejam, tak mengenang jasa mereka yg bg tunjuk ajar disini. Sudah mmg dari student, datangnya kosong pengalaman, walaupun ada ilmu masa belajar dan praktikal, itu just mukaddimah org kata. Realiti dunia keje, banyak lagi perkara baru aku dpt belajar disini. Kalau nak kira A-Z, sampai huruf W lah semua boleh dikatakan dunia baru. Hehehe.... So, setiap perkara baru, ada gurunya. Setuju?


    Maka, oleh sebab itu (macam dah masuk unsur ayat skema dlm entry ni), aku nak bercerita pasal topik yg bertajuk HORMATILAH PENDIDIK ANDA (chewah, macam mukaddimah nk masuk perbahasan).


    Siapa pendidik? Definisinya tak payah lah nk aku detailkan kat sini, sebab aku pun percaya tak ramai budak2 berumur 5 tahun kebawah akan baca entry ni. Definisinya aku anggap korg semua sedia maklum. Org putih kata Considered Done. Betul? Senang cakap, lecturer, guru, tutor atau org biasa skalipun yg pernah bagi SATU ilmu kpd kita, sudah boleh dianggap 'pendidik'. Banyak sajak2 pasal cikgu masa zaman sekolah dulu kita pernah baca, kan. Tapi kalau kita tidak pernah rasa kemuliaan yg tersimpan dalam didikan mereka, tak payah nak kata "Guru Ibarat Lilin', slogan yg selalu meniti dibibir puisi kalau kita tidak paham maksud daripada ayat itu.

    Pernah dengar kisah teko dan cawan?? Cerita yang mengupas definisi pentingnya menghormati pendidik.

    Teko ni kan tempat isi air. Air kopi ke, teh o suam ke, limau nipis atau apa saje minuman dlm kuantiti yg lebih dr secawan, itulah teko. Cawan pulak bekas kuantiti yg kita ambil untuk minum. (arghh, definisi lagi... sini TIADA BUDAK UMUR 5 TAHUN
    KEBAWAH LA EN. KUCING!!!) ~~ ok, bahek, my mistake again.

    Kat mana dah kita??? owhh teko dan cawan ek..(continue citer).
    Jadi, kalau kita cuba 'metafora'kan antara teko dengan cawan, ibaratkan teko adalah cikgu, cawan adalah pelajar, air adalah
    ilmu. Hierarkinya teko lg tinggi levelnya dari cawan, setuju?.
    Kedudukan teko harus lagi tinggi untuk menuang air KEDALAM
    cawan. Kalau ada air dari
    cawan, nak dituangkan kedalam teko, boleh saje, tapi ibaratkan buat apa nk mengajar balik ilmu yang disampaikan oleh cikgu kamu tuu... takkan nak tukar posisi minum teh menggunakan teko pulak, hehehehe... Fahamkan situasinya sekarang...

    Ada info aku baca dari artikel/blog, katanya menurut kajian psikologi, jika kita mengumpat atau mengutuk 'guru' kita, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kepada otak untuk tidak percayakan guru tersebut. Bila otak kita mula tidak percaya pada guru tersebut, kita akan menghadapi kesukaran untuk menerima apa yg diajarkan. MasyaAllah, janganlah sampai kita termasuk dalam golongan yg kufur nikmat kang nanti. Nauzubillah min zaliq.

    “Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.” - cendekiawan Al-Zarnuji.



    garang nauu muka....

    Jangan kurang ajar, itu saja alasan yg aku rasa tepat. Kita datang mintak ilmu, hormatlah apa saja yg kita terima.Buruk baik perangai, itu lumrah nak belajar. Senang je kalau paham, kan. Ada pendidik jenisnya yg tegas, ada yg slow, ada yang suka buat 'derkk', ada yg 'bekeng' cam rimau skalipun kadang2, anggaplah seperti kisah teko dan cawan tadi, bak kata org utara.. LEVEL HANG BELOM LAGI SAMA NAA nak bak hang....

    Aku sendiri personally pernah merungut gile-gile nya kat cikgu, lecturer semasa zaman 'student' dulu. Biasalah darah muda naa... ketegaq sikit. Tapi bila dah mai ningkat usia, nak lagi dah lama tinggai dunia belajaq ni, teghasa jahiaq lak aku time tu. Merungut walaupun dalam hati, bengang naa design tak proceed... ghuntuih dunia ni rasa. Sedaq tak sedaq, nak ajak korg pikiaq sama, jangan lah dok maki katdepa lagu tu, sumpah seranah ka, dok bodoh piang depa ka, sebab kita yg nk ilmu depa, awat kita pulak nak keraih kepala?? (awat aku dok ckp utara, mana dtg angin ni...). Hmmm, yg lepas tu lepas, anggaplah kita dizaman 'tak berapa nak cerdik', hikss... dr semasa ke semasa, cuba ubah sikap profesionalisme dlm dada sikit, disamping pohon keberkatan dari Tuhan Maha Esa.

    Tapi kenang balik, best kan belajar ni.. huhuhu. Dlm masa sama kalau dikenang, baru kita nampak jahilnya kita, bijaknya lecturer. Aku ada gak bercadang nk sambung Master, kalau ada rezeki. Dah lama dok pasang niat nk ending karier ni jadi pendidik dari dulu lg. ermmm, InsyaAllah dimakbulkan, amin.

    So, cerita dah nak ending, sharing dah nak caring (???), amik wat teladan sesape yg baca. Dok sengeh cam kerang busuk sorg2 wat apa, baik hangpa komen kat bawah, share apa2 patut... hehehe :) -untuk perkongsian bersama (ececece.....)

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.