Rss Feed
  1. Ada masa kita...

    Tuesday, January 24, 2012

    ada masa kita terlalu pintar,
    dgn setiap keputusan yg kita putuskan. 
    ada masa kita merasa perit, dgn takdir yg kita tidak harapkan.
    ada masa kita gembira, setelah melalui kemenangan melihat kekalahan org lain.
    ada masa kita masih merintis, dgn hikmah yg telah pun kita lihat.
    ada masa ia datang tanpa dipaksa, dan ia pergi tanpa tanda.
    ada masa juga kita perlu mengejar, tetapi kena bijak menilai kejaran itu.

    ada masa kita kerdil dikalangan lautan manusia.
    ada masa kita tersedar, kita cuma kerdil, tapi tidaklah paling kerdil.
    ada masa kita pejam mata, lupakan perkara, tapi ada masa bkn pejam dapat mematikan perkara.
    ada masa kita bunuh kepercayaan seseorg dgn tangan kita, ada masa kita tidak mampu melakukannya walaupun kita sudah melakukan.
    ada masa kita sunyi, tapi kita lupa bila riang.
    ada masa dlm kita girang, sepi pula bertandang.

    kita sebenarnya perlu keadaan ini, 
    kerana ada masa itu lah, mencorak kehidupan pantas, memperhalusi hikmah kematangan minda.

    kita sebenarnya kuat.
    kita sememangnya hebat.
    tolong jangan nafikan kita hebat, kerana gelaran khalifah tetap adalah manusia, yg sememangnya...
    adalah kita semua.

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.