Rss Feed
  1. Sketsa Dunia...

    Thursday, July 29, 2010


    Salam,

    semalam aku lihat sketsa dunia, kat seksyen 7, shah alam... time tu cam biasa, kalau hari rabu mesti ada pasar malam kat area seksyen 7 ni, dpn jer umah aku.

    Aku dari Damansara, baru balik keje, dlm kul 8 lbh2 kot... ermmm, so singgah jer la kat pasar malam carik makanan. Tp last2 aku ngan si ropli makan kat foodcourt jer, tempat biasa.

    Owhh, berbalik pada sketsa yg aku lihat smlm, mgkin agak menyayat hati. Ada lah sorg hamba Allah, buta... sblum tu aku dh jumpa dia kat pasar malam, dia mintak sedekah... kesian pakcik tu, dh tua pun. Pastu time aku ngah makan, pakcik tu lalu kat luar kedai tempat kitorng makan. Terhuyung hayang sb pakcik tu mmg buta, kesian aku tgk, ingat nk tolong jer tunjukkan jln, at least kat mana pakcik tu nk pegi...



    Then, ada pasangan (org putih kata couple) pergi tolong pakcik tu, sepasang skali tolong.... so, lega gak hati aku, ada org dh amik alih niat aku, tak kisah lah... bkn aku nk berebut tunjuk baik dpn org pown, tp dh aku mmg niat nak tolong... Pastu, apa jd... korg tahu??

    Aku pandang skali lagi, rupanya pakcik tu ngah terkial2 carik jalan, sb rupanya si 'couple' tu just bwk pakcik tu kuar dr tapak foodcourt, dan akhirnya tinggalkan sendirian kat tepi jalan. Kete byk jgn citer, motor nk lalu pun susah. Tu aku tak pasti lah, samada pakcik tu yg soh si 'couple' tu tinggalkan dia kat situ, tp yg sedihnya... dah nk tolong org kurang upaya, jgn lah wat keje sekerat jalan, at least biar lah melepasi kawasan bahaya, lintas jln skali ker... Itu ok lagi, yg lagi sedih, dorg tinggalkan pakcik buta tu, dgn mengadap arah pasar mlm balik..(kira cam pusing arah pakcik tu balik)...

    Weii... singkat giler pemikiran korg kan. Ker saje nk tunjuk baik dpn awek?? Ishh.. giler lah, sedih aku tgk klu masih ada org cam ni kat dunia, berbuat baik separuh jalan, hilang rational untuk berfikir. Adakah semata-mata ikhlas nak tolong kerana Allah, atau semata-mata 'aweks' ada bersama, ambil kesempatan sebagai hero pada malam tu?? Nonsense!!

    Nyway, citer pakcik tu, akhirnya dpt simpati dr org lain selepas tu. Org muda, tolong pimpin tangan bawak.. kemana entah.. tp yg pasti keluar melepasi kawasan bahaya (jalan raya yg sesak).

    Korg jgn lah jd cam tu, niat baik mmg bagus... lgipun dh dpt pahala dah walaupun sekadar niat. Tapi bila sedang lakukan kebaikan, jgn lah dibuat separuh jalan, sb mgkin tindakan kita tu kdg2 sbnarnya mendatangkan keburukan atau bahaya kepada org lain, tanpa kita sedari.

    ~ sekian, pilu mode :~

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.