Rss Feed
  1. Utusan Ramadhan Kucing Kuyup

    Tuesday, August 10, 2010



    Utusan Ramadhan dari lubuk hati...

    Salam Ramadhan Al-Mubarak,
    Sudah menjadi fitrah manusia, berkenalan, berkawan, berinteraksi, bermesra dan sebagainya.
    Soal perhubungan, sudah tentu menghubung antara dua hati, tindakan dan respon. Dari situlah wujudnya kegembiraan, ceria, seronok, dan tidak lupa pada kesedihan, sengsara dan perit.
    Apapun, dalam proses perhubungan, sudah tentu nya seringkali kita melakukan kesalahan, samada puncanya dari kita atau teman, tak kira lah...

    Hidup di dunia memanglah tiada yg hakiki. Itu semua org tahu, tak perlu aku ceritakan lagi. Tapi sebagai rasa ingin berkongsi, sb kita manusia selalunya mudah tunduk pada alpa bila diselubungi rasa gembira. Selalu hilang rasional untuk bertindak jika bersendirian. Jadi ambiklah pengajaran dari pengalaman pahit yg lepas, perahkan supaya hilang pahitnya, adunkan kembali dengan sedikit ceria, supaya ianya kembali semanis gula.

    Ramadhan datang lagi. Kenangkan juga mereka yg telah pergi
    meninggalkan kita. Aku percaya mgkin ada di antara korg juga pernah merasai ditinggalkan org tersayang dari dunia nyata ni kan. Ibu bapa atau saudara mara, adik beradik yg sudah meninggalkan kita, tak kira masih baru atau sudah berpuluh tahun lamanya, sudah tentu mengharapkan doa dari mereka yg masih hidup. Tapi yg jelas, tangisan bukanlah tiket terbaik untuk mereka disana menerimanya, tetapi amalan dan doa yg disedekahkan. Jika kita mula kesal akan setiap perbuatan kita semasa hayatnya, aku percaya di situ akan lahir benih-benih keinsafan yang boleh memantapkan lagi keimanan diri.

    Sedikit menyentuh soal Ramadhan dan teman di alam cyber,...
    Bila bercakap di alam cyber, sudah tentu facebook menjadi kegilaan. Kadang2 tak perlu kenal bertentang mata, hanya kuasa online saja sudah cukup, dari situ lah pertalian sahabat disambungkan. Sampai ada setengah pihak mengatakan dan menganggap, putus kawan zaman sekarang, tak perlu bertentang mata lagi, cukup lah dengan membuang namanya dlm list "network sosial" masing2, sebagai simbolik memutuskan silaturahim diantara mereka.

    Tapi kebenarannya tidaklah terlalu tepat, kan. Sebab putus kawan di dunia maya tidak bermakna putus kawan di bumi nyata. Apakah kawan2 dizaman sekolah, yang sudah lama 'lost contact' itu dikira bermusuh?? Sudah pastinya tidak. Tapi apapun, ada sesetengah pihak yg dengan sengaja membuang kawannya dlm senarai dunia mayanya, kadang2 seolah-olah berniat demikian. Tindakan nya dikira wajar atau tidak, itu terpulang pada individu untuk menilainya, tapi yang pasti tetap mendatangkan sedikit rasa kekecewaan diantara yang menerimanya. Itu lah resam yg sememangnya wujud di dunia.

    Sesekali, betul kata pepatah, "kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari" menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.

    ‎Apapun, semoga Ramadhan kali ini diharap memberi nafas baru, melunturkan segala dosa dalam diri, agar lebih bersifat terbuka, dan bijak dalam melakukan tindakan. Kita hanya manusia. yang secara jujurnya tidaklah senantiasa sempurna. Memaafkan segala kesilapan lampau, diri sendiri atau "hutang" hasad dendam dan iri hati, serta merendah diri di bulan barakah ini adalah jalan yang sebaiknya.

    Sedikit renungan bersama tentang kawan:

    "Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”

    Apapun, disini aku ingin berkongsi tips mengelakkan berlakunya pertelingkahan dlm perhubungan:

    • Jangan merajuk
    • Jangan menghukum
    • Jangan berdusta
    • Jangan mencari salah
    • Berhenti bahasa negatif
    • Bercakaplah tentang hari ini dan esok
    • Senyum semula
    • Mulakan berdamai
    • Kenal pasti punca masalah
    • Kenal pasti perubahan

    Aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf jika terlanjur salah dan silap sepanjang perkenalan, penglibatan diri, atau sebagainya yg mengundangkan murung kawan-kawan. Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan ini memberi satu makna dan menjadi titik perubahan.

    Aku tinggalkan Utusan Ramadhan ini dgn sedikit hidangan Rohaniah.. dari Maher Zain



    ~: selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari Kucing Kuyup :~

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.