Salam Ramadhan,
Bulan Ramadhan bulan yg mulia. Banyak perkara yg boleh kita lakukan, dan setiap kebaikan akan dilipat gandakan dgn kadar yg byk. Aku bermuhasabah diri. Sepanjang Ramadhan ini, berapa banyak aku melakukan ibadat, atau masih lagi seperti bulan2 lain. Keistimewaan Ramadhan yg dtgnya sekali setahun sering kali dipersiakan.
Kata ustaz, 3 perkara yang pahalanya tetap mengalir ketika kita sudah meninggal, iaitu anak soleh yang mendoakan kita, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah.
Aku masih ingat, arwah ayah dulu, akan baca Al-Quran selepas subuh sampai matahari terbit dan beliaulakukan hampir setiap hari sehinggalah ke hayatnya. Terkilan bila fikirkan balik, agak berat bg aku untuk lakukan perkara sama seperti beliau.
Org kata umur masih muda, byk masa lagi. Itu org kata, dan kita asyik dok dgr org kata, buat apa... Apa kata hati kita?? sama?? Ermm... aku pun kdg2. Sebabnya, susah nk carik org zaman sekarang yg menolak kemewahan, menolak kebahagiaan, apatah lagi menolak kesenangan. Itu sememangnya keperluan hidup, walaupun kadang2nya mendatangkan lalai. Manusia sememangnya tiada yg sempurna dr segi akal, budi mahupun imannya. Kita bukannya Maksum, yg ada pada para nabi dan rasul.
Aku mendengar khutbah di masjid Mutiara Damansara td, dan antara petikan yg smpat aku ingat, "tergantung pahala puasa dan amalannya selagi tidak menunaikan zakat."
Ermmm...
Bercerita tentang zakat,adalah kewajiban dan satu dari rukun Islam yang lima rukun seperti dalam hadis Rasulullah saw.,
“Islam didirikan di atas lima hal, iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad utusan Allah, mendirikan shalat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan haji ke Baitullah jika mampu.”
Sekadar berkongsi, satu cerita yg aku petik dari Blog Zakat Selangor...
Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas bin Malik r.a, bahawa beliau berkata: “Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka berkata utusan itu: “Wahai Rasulullah, saya adalah utusan fakir kepadamu.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang daripada orang-orang yang dicintai Allah s.w.t.”
Lalu utusan itu berkata: “Wahai Rasulullah, orang-orang miskin berkata: “Bahawa orang-orang kaya telah memboloti semua kebaikan, mereka dapat menunaikan haji dan kami tidak, mereka memberikan sedekah sedang kami tidak dan jika sakit mereka dapat mengirim wang untuk tabungan mereka.”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sampaikan kepada orang fakir daripadaku, bahawa sesiapa yang sabar daripada kamu dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, maka ia akan mendapat tiga kelebihan yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:
1. Di dalam syurga (kelak) ada kamar dari yaqut yang merah, penghuni syurga melihat tempat itu seperti melihat bintang di langit semasa di dunia, tidak dapat masuk ke tempat itu kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir. 2. Orang fakir yang (kelak dapat) memasuki syurga (lebih awal) sebelum orang kaya dengan kadar setengah hari, iaitu kira-kira lima ratus tahun. Mereka bersuka-suka dengan bebas di dalamnya. Dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan memasuki syurga sesudah nabi-nabi yang lain memasukinya kira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya (Nabi Sulaiman ialah nabi yang diberikan kekayaan dan kekuasaan di dunia). 3. Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas; dan orang kaya juga turut membaca kalimah itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar (pahala) orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian jugalah amal-amal kebaikan yang lain (yang dilakukan oleh si fakir).
Wallahua’lam.
~: selamat menunaikan zakat dan ibadat puasa :~
0 kucing kering mengiau:
Post a Comment