Rss Feed
  1. Bosan...

    Sunday, October 11, 2009

    Berangan lagi, idea dh stuck... mula la nk cari bahan nk ckp...tp xder..
    hmmm.... letak jer la pa per yer,.......
    satu masa dulu kenangan dari benak otak aku.....bile? dimana? itu citer lama.....x nk ulas, aku pun cuba tuk lupakan dah pun...just for share.


    Dimana kekuatan seekor burung, sepasang kaki? paruh? sayap kanan? atau sayap kiri? atau nadi-nadi? atau dimana-mana sahaja yang boleh dibanggakan? Benarkah semua kelebihan perlu berganding bahu? atau tunduk menunggu waktu? menanti masa yang hampir bertamu? Pesan kancil pada burung, jangan memilih merebut kekuatan, bimbang terperangkap keupayaan diri. Terimalah apa yang perlu seadanya, mungkin ada hikmah yang akan menanti.Jawab burung, "Benar kancil, hidup perlu diteruskan, walaupun perlu bermati-matian. Tapi kancil, cuba dulu, cari jalan kemudian, atau cari jalan dulu, cuba kemudian?. Kancil tersenyum sinis.

    Ada seekor burung, kepala ada, sepasang kaki ada, sayap kanan ada, tapi dimana sayap kiri? Hilang dalam berkorban menjalankan tugas atau berkorban demi memenuhi kehendak pelajaran. Macammana dengan sayap kanan? Samaada perlu memilih untuk berkorban atau mencari tuntutan keperluan, melebarkan sayap ke peringkat menara gading yang lebih tinggi. Pening sayap kanan memikirkan. Kadang-kadang tewas dengan kesabaran, akhirnya hilang semangat perjuangan. Esok lusa pulihlah kembali, terus menyambung lagi perjuangan.

    Sayap kanan pula merintih, cuma untuk diri sendiri. Bolehkah aku bertahan, masa semakin pantas, esok lusa bagaikan sekelip mata. Tahu-tahu dah lepas. Bolehkah sebelah sayap, mengapungkan badan, menjadi bukti kebanggaan burung, terbang bebas diangkasa tuhan. Sayap kanan merintih lagi, bolehkah aku melebarkan sayap disebelah kanan, sekejap lagi disebelah kiri, dan kanan kembali, sehingga seterusnya, bila nak berhenti? Aku tak pasti. Cuma penat aku rehat, ada masa sambung lagi. Mencari aktiviti yang semakin direalisasi. Bolehkah aku sebenarnya? Boleh, tapi penat itu pasti, ibarat diganda dua kali. Walaupun disokong, tapi sejauh mana sebenarnya yang dihajati. Sayap kanan tunduk lagi.

    Tiba-tiba kancil memberi pendapat. Sayap kanan, apa kamu pasti? Merealisasikan harapan yang mengundi, menjaga amanat yang perlu dipenuhi. Jika tidak, mengapa tidak dilepaskan pergi, berlalu biarkan tiada berpenghuni. Sayap kanan menjawab. Jangan begitu kancil, selagi semangat berada dalam diri, aku akan cuba lagi. Biarlah lambat, asalkan berterusan. Cuma masa sahaja yang agak cemburui, tapi itu lumrah kehidupan, kancil. Kancil bertanya lagi. Dimana pula nadi-nadi, yang seharusnya menyuntik semangat diri, supaya menjadi lebih berdikari, menjadi lebih gagah, agar senang untuk menghadapi.. Sayap kanan diam. Pernah juga meminta nadi, menyokong keperluan dalam merealisasi. Tapi kadang-kadang tidak sama seperti yang diingini, kurang garam dalam kari, macammana kari nak menjadi. Santan lebih tak apa lagi. Perlukan informasi untuk dipromosi, mudah-mudahan kari habis dijual. Perlukan bantuan peralatan, agar mudah untuk menjalankan aktiviti. Apa lagi yang perlu, sayap kanan dah tak pasti. Tapi dimana nadi-nadi, ada masa tak dapat dihubungi, ada masa 'busy', ada masa terpaksa berlari-lari, mencari bantuan, tapi akhirnya bilik tiada berpenghuni. Mana masa yang sesuai untuk dihubungi, mana masa yang perlu dipromosi, mana tugas yang sebetulnya dikongsi.

    Kancil mula menasihati. Mana semangat kamu sayap kanan satu masa dulu, sebagai seorang editor majalah, menjadi perantaraan pelajar dan guru, menjadi peserta ke peringkat negeri dan zon. Sebenarnya sayap kanan, bolehkah kamu bersukan, atau berkebudayaan?. Kalau boleh, cukupkah bekalan untuk berjuang, sejauh mana langkah kamu untuk bertahan. Sayap kanan yang perlu mengimbangi perjalanan, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Sudahlah luka, diganda pula. Berkongsilah sayap kanan, jangan merintih lagi. Duduk muhasabah diri sendiri, sejauh mana langkah yang tinggal, perlukan perjuangan yang tinggi, maka perlu juga nadi-nadi yang perlu mengiringi.

    Sayap kanan tersenyum, walaupun sebenarnya menahan diri. Aku perlu diiringi, menempuh perjalanan yang hampir tamat, esok lusa sahaja, kemudian sudah sampai masa yang dihajati. Tapi sudah bersediakah aku untuk menghadapi? Sayap kanan tunduk membisu....Betul kancil, patah tumbuh hilang berganti, penggal hadapan ada pengganti, cuma apa yang pasti, penggal ini amat mengerti. Kancil diam seketika, lalu beredar selepas beberapa ketika, meninggalkan sayap kanan yang terluka. Sayap kanan tunduk lagi, memikirkan masa depan yang tidak pasti.... Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh jalan tetap berjalan, cuma kudrat Tuhan saja yang tahu.


    Nukilan,

    TAFA

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.