Rss Feed
  1. Duit beli ilmu...

    Wednesday, May 23, 2012

    Duit...

    Aku boleh katakan adalah antara barisan utama penggerak motivasi belajar selain dorongan individu, usaha dan tawakkal. Apa dia? Duit tak menjamin kebahagiaan? Ya betul kata kamu... Bukan duit punca segala-galanya. Tapi apa kaitan kebahagiaan dgn pembelajaran dlm entry kali ini.. hikhik. (Jangan salah pancung topik, aku hanya bincangkan isu duit, belajar dan motivasinya) pada masa skrg ni. Kang aku pancung sama kamu??

    Tanpa duit...

    Susah untuk anak bangsa berpijak ke universiti. Tidak semua yang akan mampu. Ramai orang kaya, tapi lagi ramai juga orang 'kurang berharta'. Jangan nk melihat ideologi org yang mampu, "ok anak abah ni abah nk antar ke USA tuk sambung belajar!"... yeayyy tq abah.."ok anak mama ni pulak mama nak antar ke LONDON!" itu cakap mak bapak org kaya, yg berharta, yg mampu menanggung biaya anak2nya, boleh la. Si anak pun sambil menyelam minum air, apa ada hal... sambil belajar, sambil beli tiket tgk english premier league... "tak leh belajar saja mama, cikgu kata perlu juga berhibur."-dijawabnya.



    Itu mungkin perkara biasa bg golongan mampu di Malaysia, yg rata2 nya aku boleh katakan satu nisbah lima puluh berlaku disini. Anak2 pendalaman, anak bandar atau anak bukit skalipun, nak belajar (ke universiti amnya) HARUS ada sikit duit, untuk yuran, assignment, makan atau duit poket.



    Kalau dulu terpaksa bapak gadaikan sedikit tanah, dptlah 30-40 ribu, cukup utk menampung biaya sampai habis semester. Alhamdulillah. Itupun siap boleh tumbangkan lembu utk majlis kesyukuran anaknya dpt masuk universiti.

    Sekarang ni...

    Dgn kos pengajian yg semakin spesifik, dan ilmu dunia semakin digali, maka tumbuh pesat juga universiti di disini. Dari kolej swasta, kolej bersekutu, universiti swasta dan awam serta universiti untuk tolong anak bangsa (huahua), kian bertambah. Dr situ juga aku mula melihat sudah kurang bapak2 zaman skrg tumbangkan lembu, sebab ada saje anaknya sambung belajar tak abis2... haha. Apapun, semuanya harus dijana dgn 'sedikit' wang, sb ini punya zaman bkn lagi di zaman paleolitik yg menggunakan sistem barter yer. Bahkan duit juga dh byk design dikeluarkan.

    Mana sumber duit...

    Terserah pada kebijaksanaan individu untuk 'generate'kannya. Nak kerja, nak menabung atau nak pinjam, itu terserah hak masing. Yg menabung, mereka berhak menikmati hasil kesabaran mereka. Yg meminjam pula, mereka harus 'bijak' menggunakannya. Tak perlu aku highlightkan 'siapa pinjam siapa' disini, kerana aku percaya, yg masuk kolej, atau universiti bknnya tak cerdik, walaupun kdg2 fikiran cerdik sering diperalatkan utk bersikap dungu.

    Sikapnya...

    Susah nak nampak org yg pandai berterima kasih. Kerana terlalu bijak, masa depan digadai. Ada yg menyokong pembelajaran secara percuma. Sekali lagi, sedarkah kita ini bukan zaman sistem barter. Ilmu sekarang tidak dibayar dgn beras atau gula lagi, yg dibiayai oleh ibu bapa. Ilmu skrg adalah sudah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Jujur aku menilai sikap pelajar, terutama sebangsa. Jika kesenangan ditagih, itu cuma motivasi segelintir utk meraih, selebihnya hanyalah tersenyum girang menerima senang. Dari situ mungkin tiada lagi sikap ingin menabung utk belajar. Tiada lagi 'lembu2 ditumbangkan' kerana bapak2 mula akan bergoyang kaki, melihat bantuan diterima sepenuhnya. Excited juga akan mati ditelan keselesaan. Value susahnya belajar akan mula terhakis.

    Ini bukan tomahan...

    Yang sekarang ni pun zaman belajar dan berhutang, ramai juga pelajar habiskan duit hutang utk berhibur. Apalagi kalau kesenangan dilipat gandakan.

    Tepon canggih dr barat...
    Duit disalur seperti air...
    Bila keselesaan mula melekat...
    Segala risau sudah berakhir....


    cewahh berpantun kucing nie...





    Ramai org bijaksana...

    Yer, ramai... diluar sana. Bijak setelah berjaya menamatkan pengajian dan bergelar orang besar. Yang aku harapkan, tolonglah lakukan keputusan dgn bijaksana. Lemparkan ideologi bijak untuk generasi cucu cicit kamu, bkn semata2 untuk kepentingan generasi anak kamu. Aku risau, amat risau... kerana zaman sekarang, motivasi berilmu dipermudahkan, dan semakin dipermudahkan... secara kurang bijaksana.

  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.