Rss Feed
  1. Garang Bertempat

    Thursday, June 30, 2011

    23 Jun 2011. Aku di Restoran Ali's Corner, Seksyen 7 bersama tinie, herith dan rofli. Mmg plan pun nk tgk bola antara Malaysia lawan Lebanon atau dlm bahasa kita Lubnan :).

    Ni dah game 2nd Leg, yang mana 1st Leg dh main kat Lubnan, seri 0-0. So game malam tu konsepnya cam kalah mati gak la, penentu sape yg layak ke peringkat seterusnya. Tapi kalau seri bahaya, maybe Lubnan akan mara sebab advantage menang tempat lawan (2nd leg di Bukit Jalil). So, kami sampai dlm kul 8 lbh, then lepas tu game mula.

    Sengit dowh, kasau gak player kita main. Sb Lubnan ni jenis pak arab mmg tinggi, sasa, besar, macam2 la kelebihan kalau nk diukurkan ngan tubuh org2 Mesia kita ni. So, mmg perlu agresif lebih la. Alhamdulillah kita menang ke peringkat seterusnya lepas menang 2-1. Menangis gak Lubnan time tu..hiks, adab permainan ye pak arab, nanti korg try makan nasi arab kat Saba, Setiawangsa ada. hahaha.

    Apa yg pasti, lepas ni, pusingan yg mengumpulkan 12 pasukan terbaik Zon Asia. Dasyat2 giler dowh... Ni senarai dan ranking dunianya skali.

    1. Jepun (14)

    2. Australia (20)

    3. Korea Selatan (31)

    4. Uzbekistan (83)

    5. Arab Saudi (88)

    6. Iraq (89)

    7. Qatar (92)

    8. Bahrain (97)

    9. Syria (104)

    10. Oman (107)

    11. UAE (111)

    12. Malaysia (143)

    Semakin risau dibuatnya bila kita tak tahu pasukan mana yg akan bersama kita dlm kumpulan nanti. Malaysia akan bersama dengan 3 pasukan lain dalam 1 kumpulan yang hanya juara sahaja mendapat tempat automatik ke Olimpik 2012 di London. Naib juara pulak akan bermain perlawanan playoff di satu venue yang neutral dan pemenang perlawanan playoff itu akan bertemu wakil dari Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) untuk merebut satu lagi tempat.meowwww bahaya.

    Kita takde lah berada diranking yg bagus kalau nk dibandingkan dgn 11 pasukan di atas. Tapi rasanya setakat ini, kita dah menunjukkan prestasi yg baik, dan npk gayanya mgkin daripada sebelas negara tu, sudah ada yg mula menganalisis kekuatan kita yg npknya makin 'hebat' dirantau Asia Tenggara ni. Ye lah, satu-satunya wakil Asia Tenggara, dan juga mengalahkan Lubnan tempoh hari adalah satu lonjakan yg membuka mata pencabar. Cakar dia cakar dia..... hehehe.

    Apapun kita tunggu 7 Julai nanti, katanya akan cabut undi tuk 12 pasukan tu, dan akan bermain dlm bulan September. lambat nauu...

    ~ mesti korang ada yg bengang kan, tajuk atas ni rupanya citer pasal bola semata-mata. Ala, tukar selera pulak, buka pandangan dan pemerhatian tuk sukan semasa..

    MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA... giteewwwww :P

    |


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.