Rss Feed
  1. Tolong Ingatkan Aku...

    Wednesday, July 20, 2011


    play save... ada sebab ikatan tu...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau aku hilang peka.

    Dunia kerja ni sinonimnya mencabar, berduit dan penat. Dunia belajar ni sinonimnya seronok, tension dan padat. Ramai kawan kita dapat masa belajar, ramai client kita dapat masa kita kerja. Hiburan dan aktiviti dah tentu mgkin berbeza dr segi masa, komitmen dan tenaga. Mudah jugak berlaku keadaan 'terlepas pandang'. Kang kata aku sombong lak nanti..hehe.



    ada aku jerit kang...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau niat tak setaraf kudrat.

    Mana lah tahu, seharian penuh aktiviti yg gile-gile padat. Tapi dalam masa sama ada schedule yg sudah aku aturkan dgn kawan2, keluarga atau television (apa kaitan tv? oowhh, intisari rancangan :) Kadang2 mgkin terlalu taksub ngan kerja, sampai penat jadi nombor dua. Lepas tu mulalah emotional yang bersimpang siur, panas baran yang sehangat hot ballon dan akal yg ligat semacam. Tolong tegur mintak kerja berpada-pada. Tolong tunjukkan cara untuk berfikir. Tolong guide apa yg perlu dan most important tolong paham situasi.. hehe.


    terbongkang....

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kalau aku terlebih komen yang mengada-ngada.

    Ramai kawan diluar sana yang tugasnya menjadi seorang kawan. Eee ehh, apa yg salahnya. Takde salah pun. Cuma aku melihat dr sudut yg lain, komen yg 'mengampu', memuji, memuja, meng'concern'kan diri dan sewaktunya jelas terlihat maksud tersirat. Situasi seperti (contoh je ni..), "Demam hari ni.." dan menerima komen balas seperti "jangan lupa makan ubat, taww".. eeerrr, "awk jaga diri taww", errr... "nape ni, (diikuti emoticon sedeh)"... ishh.

    Takde salah pun sbnarnya nk lepaskan komen yg coraknya cam tu, sbg tanda 'caring'nya kita pada tuan tanah. Tapi kalau dh tak penah kenal, atau kenal gitu2, dan bukan dr ahli keluarga, classmate, ofismate, checkmate, coffeemate atau lover... rasanya 'caring' yg corak cam ni beralaskan sebab, mgkin la. (dua tangan ke bahu dan mata pandang atas).



    macam nak caring ke nak gigit...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Kisah kau tersedar, dgn saku penyeluk masa. Eh, tu lagu Ana Rafali.

    Aku setuju dgn lirik lagu ni. Tiada sape leh duga masa kecuali dgn bantuan 'super mustahil' gadget. Kalau-kalau esok lusa kita tahu apa akan jadi, dah tentu sikap manusia berubah. Tapi ada yang tak mustahil pun sbnarnya. Kita leh duga. Memang... kita merancang Allah tentukan, betul. Kun Fa Ya Kun. Cuma kalau sudah berusaha dgn sedayanya, berdoa dan bertawakkal tak lupa, Tuhan juga Maha Adil dan Pemurah, kan. Sepertimana budak tahun satu gigih belajar membaca, dan tahun2 seterusnya sudah pantas membaca, malah hebat mengolahkan kata-kata.


    Releks.. jgn marah..jgn marah...

    Tolong Ingatkan Aku...
    Jangan terlalu sedih dengan dugaan.

    Qada' dan Qadar adalah ketentuan. Turun naik perasaan, tenggelam timbul amalan dan pasang surut dunia adalah fitrah. Gembira dan sedih, fitrah. It doesn't matter if you're not the best looker in town. Somewhere in this world, someone loves you. Tolong ingatkan, diam itu pintar.
    Sesekali tolong lihat apa yang dikata bukan orang yang berkata. Manusia yang berhujah lebih baik dari manusia yang mencela. Subhanallah.


    Tolong Ingatkan Aku...
    Jika sudah sampai timeline nya.

    Bukan kehendak tapi ketentuan. Bukan mintak tapi ketetapan. Bukan hanyut tapi alpa. Bukan lari tapi redha. Tolong ingatkan aku tentang masa.




    So, 27 tahun aku hidup, hari ke hari, tahun ke tahun, aku perlu satu perubahan yg positif. Masa ke masa. Yang bergerak. Tolong ingatkan aku yer... :)



    eh, ni tenggiling ke musang?
    |


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.