Rss Feed
  1. Two O Twelve (T.O.T)

    Friday, December 16, 2011


    dreamy

    Salam,
    Kiranya ini first time aku berblogging -Di- ofis baru ni. Ini pun sebab ada masa terluang sahaja tuk sempat bernafas, the rest mmg pack giler life disini, satu tempat yang sangat menukarkan seseorg menjadi super workaholic yg dasyat (harus baca dengan nada gelak setan).

    Apapun 2011 sudah hampir ke penghujung. Masa oh masa, cepatnya setiap saat. Kadang-kadang bila kita dah terlampau sibuk seharian, kejap jer satu hari tu berputar, kan. Tapi kalau tak de keje, haishh harus panas seat nak duduk lelama kat ofis. Aku bukannya suka 100%, tukarkan diri kepada 'kerjaya-man' yg mmg buang 70% social life dari hidup aku ni. Hhapa-pun, cuba ikut flow kerja kat sini pelan-pelan, tak perlu nak stress sangat, wat 'lek-lek cool'. Terlalu stuck kan diri, hati kata nak balik tapi tangan masih memegang mouse dan otak masih mencari idea sepatutnya tak berlaku. (owhh, walaupun berlaku tapi aku cuba buat-buat tak berlaku). Itu lagi mendatangkan stress. Tekanan tu bila dah datang, jawabnya macam amik pen tikam ubun-ubun laju-laju. Sakit otak. Jalannya banyak, tapi yg mujarabnya ambik nafas banyak-banyak. Lagi releks sebenarnya bila kita bergerak sendirian, vrooomm vroommm just decide sendiri tanpa kompromi, hahaha. Ok, kita tinggalkan citer di ofis yang sarat tu.

    2012, apa aku nak buat yer. 4 hari selepas tibanya hari jadi aku yg ke 27 dan terus jadi umur 28 (ikut tahun). Umur 28 tu bagi org lelaki tak la tua sangat kalau nk bandingkan dgn status mereka yg bergelar perempuan. (ehh, sesapa yg baca ni, aku bukan mengata tau... itu realiti atau tuntutan lumrah kehidupan yg irama soalannya dimainkan peranan oleh mak bapak masing-masing, peace yaww~~ ). Cuma sedar tak sedar masa tetap berjalan, kan. Lagipun 'bukan dalam poket' kita untuk kita agak apa yg mungkin akan berlaku seharian. Itulah Qadar dan Qadar, ketetapan yg sudah ditulis. Anyway, (ecece speaking...), semua org berharap sesuatu yang terbaik untuk seharian, kan. Sambung buat kopi jap.


    Ok, bersambung semula.

    Sampai mana dah ni. Owhh, 2012.
    Aku nak letak azam yang biasa sahaja untuk (bakal) tahun depan. Apa yang berlaku kita terima, apa yg kurang kita bina semula. Buat list berderet, tapi setelnya sekerat, baik tak payah. Disiplin aku mmg kurang kalau nak ikutkan kehendak, tak selaras nauu nak jadi orang yg pe-ro-to-kol ni (protokol dari segi pengurusan dan mendisiplinkan diri). Cuma...

    No.1 skali,
    Aku just nak mintak doa byk-byk, agar Allah bg kekuatan tuk sihat, kekuatan akal, fizikal, mental. Semua org nak pakai nyawa selama mungkin, so by me. Kudrat bukan kita yang tetapkan, jadi mohonlah pada Pencipta.

    No.2 juga,
    Nak mulakan aset-aset semasa. Apa tu... ala aset rumah, tanah, kereta, motor atau apa saje. Peringkat angan-angan, pastu menjurus ke arah impian. Tak la aku tetapkan akan setel sebelum penghujung tahun depan, kan dah cakap...nak mulakan. :)

    No.3 juga,
    Aku grafik designer. Tidak ternama, tidak bercompany sendiri. (Apak sedeh bunyi nya..) Level masih junior, walaupun experience baru nak cecah 2 tahun. Aku selalu letakkan diri bawah bawah. Resmi padi katanya. Tapi apa yg aku perlukan disini, gadget nya yang mempengaruhi seharian. (hehehe, macam nak claim iMac jer)... Yer betul, tepat sekali. Itu yg sedang aku maksudkan, nak dapatkan laptop Macbook Pro untuk kemana-mana, iMac untuk kat rumah... perghh kalau leh updatekan iphone 4s lag mantop. Bukan lah giler gadget, tapi kemudahan yang mmg perlu bagi designer (plus poyo sikitt2, macam lah windows tak bagus...). Argh itu target aku lerr...

    No.4 juga,
    Social network try utk time penting saje. Mencuba. (tertakluk pada terma dan syarat gak...). Itu pun dah hampir sebulan aku tak aktivekan diri di facebook. Sunyi selepas sepi. (sedeh betul ni..., tetiba). Lagipun life kerja yg buatkan aku tak syok nak berfacebooking ni. Twitter, Instagram, Foursquare dah cukup la, attachkan saje update terus ke fb, setel.... Disini aku attachkan infografik fb dr luar...kongsi-kongsi.


    klik SINI untuk besarkan.

    No.5 dan seterusnya,
    Perlu utamakan no.1 hingga no.4 dulu lah. Banyak sangat dah merangkumi setahun rasanya walaupun nampak sikit.

    Perubahan tu bagus, tapi bagi aku terlalu drastik nanti ada perkara-perkara yg mungkin akan terlepas pandang. Samaada org luar atau diri sendiri yang tak dapat terima perubahan nanti. Orang kata, nak berubah ke arah kebaikan, jangan pandang apa org kata nanti. Itu kata orang... tapi rasanya kata ustaz aku satu masa dulu, setelah / dalam kita mengalami perubahan, jangan lupa orang lain secara drastik, bimbang mereka-mereka yang akan tuntut di suatu hari, kenapa kita tak mengajak sama melakukan perubahan itu. Renungkan yer. Berkongsi adalah perkara seharusnya. InsyaAllah.


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.