Rss Feed
  1. Merdeka Raya ini ke-56.1434H

    Friday, August 30, 2013

    Hari sudah pagi. Cerah. 
    Berseri seri macam cendawan 'cikate' yg kita slalu goreng sizzling....
    (aku tak rasa cendawan citake tu berseri pun... ini kucing mulut manyak takde kreativiti maa... main sebat je bikin peribahasa, aiyaaa..)

    Ok stop.
    Apa yg aku merepek ni pun tak tau. 

    Dikesempatan ni masih dalam bulan Syawal, so SHRMZBatin...
    Sebenarnya sedar tak sedar, esok negara kita tercinta, oh Malaysiaku... yg akan sambut ulangtahun ke 56 kemerdekaan. Sudah 56 beb, lima puloh anam!!! Bermaksud lebih 50 tahun atau dgn kata mudahnya, 5 dekad lebih. Tapi kalau tak paham lagi 1 dekad bersamaan berapa tahun, aku malas la jd cikgu matematik tak bertauliah disini pulak, aku ni garang orangnya....

     
    garang kan, woarghhh!!

    Tapi apa itu merdeka kalau nak ditafsirkan, ada bermacam jenis pengertian, nak dgr dari sudut ilmiah, islamiah, ideologi, buah fikiran dan jugak pandangan, mmg masing-masing bercerita takrif yang berbeza.

    Bagi aku, merdeka ni mgkin ada kaitan dengan ruang peribadi, atau dengan bahasa sedap didengar iaitu... PRIVASI. Bila kita sudah mencapai tahap privasi yg kita harapkan, maka mgkin kita sudah melengkapkan sebahagian rasa kemerdekaan yg diidam. Orang putih kata freedom. Ibarat minum air teh tarik segelas, kita tak mintak teh jenis apa yg kedai guna. Tapi katalah teh yg sampai tu dia guna "teh boh ada Ummp", pastinya sedar tak sedar kita terapung diawangan sampai ke atap, dgn muka tak boleh blah menikmati kelazatan aroma teh dari cameron tu... warghh jauh berangan npk!!

    So, tak kira lah berapa byk takrif merdeka yg korang ada, berapa pengertian kemerdekaan yg korang faham, yang penting merdekakan rasa dalam diri dulu, tapi kenalah mengikut peraturan yang tak menggugat rasa 'kemerdekaan' org lain. Kalau rasa diri ni taiko ke, tak kisah, asalkan ke'taiko'lan anda tidak menerajang keamanan jiran tetangga, sblum jiran tetangga senyum tanda geram tersipu sipu.


    Yang aku tahu, aku anak merdeka, bukan kosong, bukan kosong... kosong... oooo...

    smlm ada sambutan raya peringkat ofis, skali dah macam YB,
    takpe...asalkan bahagia!! ko ado?


  2. 0 kucing kering mengiau:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

mytafastudio. Powered by Blogger.